Quantcast
Channel: SURIA AMANDA
Viewing all 9426 articles
Browse latest View live

GIVEAWAY DIANA RASHID BERSAMA MAMALINK DOT COM.

0
0
Assalamualaikum..

Hari ini saya nak jemput semua blogger untuk sama-sama meriahkan Giveaway saya .Hadiah berupa   beberapa produk Mustela yang bakal di berikan kepada 10 pemenang.Saya dan Mamalink dot com selaku penaja utama give away ni   ada juga menjemput beberapa penaja lain untuk sama2 memeriahkan Giveaway kali ini.

Untuk melayak kan kawan2 semua menyertai Giveaway ini ada beberapa syarat mudah yang perlu kawan-kawan patuhi..Sebelum tu mari tengok senarai hadiah dulu.

SENARAI HADIAH

*Mustela travel pack x 10 pemenang
setiap pek mengandungi :-
• Mustela Dermo Cleansing 50ml
• Mustela Cleansing Milk 50ml
• Mustela PhysioBebe 50ml
• Mustela 1-2-3 Vitamin Barrier Cream 10ml
• Mustela Soothing Comfort Balm 3ml
• Mustela Cold Cream 5ml
( Bacadisinimaklumat mengenai produk Mustela)

*Wang tunai Rm30 x 1 pemenang

*wang tunai Rm20 x 1pemenang

*sehelai instant shawl + broach x 1 pemenang

*1 set produk kecantikan x 2pemenang

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

-Like facebook penaja.
Asyalya
Mamalink

-Follow instagram penaja.
@mnizamyusof
@dianarashid80
@safurara

-Follow blog penaja
Bahejabella
Safurara.com
Dianarashid.com
Asyalya

-Buat satu entry khas dengan tajuk GIVEAWAY DIANA RASHID BERSAMA MAMALINK DOT COM.

-copy codding di bawah dan paste kan di html blog post anda.

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak jemput semua blogger untuk sama-sama meriahkan Giveaway saya pada kali ni.Hadiah berupa   beberapa produk Mustela yang bakal di berikan kepada 10 pemenang.Saya dan Mamalink dot com selaku penaja utama give away ni   ada juga menjemput beberapa penaja lain untuk sama2 memeriahkan Giveaway kali ini.

Untuk melayak kan kawan2 semua menyertai Giveaway ini ada beberapa syarat mudah yang perlu kawan-kawan patuhi..Sebelum tu mari tengok senarai hadiah dulu.

SENARAI HADIAH

*Mustela travel pack x 10 pemenang

setiap pek mengandungi :-

Mustela Dermo Cleansing 50ml

Mustela Cleansing Milk 50ml

Mustela PhysioBebe 50ml

Mustela 1-2-3 Vitamin Barrier Cream 10ml

Mustela Soothing Comfort Balm 3ml

Mustela Cold Cream 5ml

( Baca disini maklumat mengenai produk Mustela)

*Wang tunai Rm30 x 1 pemenang

*wang tunai Rm20 x 1pemenang

*sehelai instant shawl + broach x 1 pemenang

*1 set produk kecantikan x 2pemenang

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

-Like facebook penaja.

Asyalya

Mamalink

-Follow instagram penaja.

@mnizamyusof

@dianarashid80

@safurara

-Follow blog penaja

Bahejabella

Safurara.com

Dianarashid.com

Asyalya

-Buat satu entry khas dengan tajuk GIVEAWAY DIANA RASHID BERSAMA MAMALINK DOT COM.

-copy codding di bawah dan paste kan di html blog post anda.

-tinggalkan link entry di kotak komen di entry ini.

- tarikh tutup pada 18 oktober 2015 jam 12 malam.

Semoga berjaya semua..

sekian..

-tinggalkan link entry di kotak komen di entry ini.

- tarikh tutup pada 18 oktober 2015 jam 12 malam.

Semoga berjaya semua..

sekian..

ApA aDa DaLaM WaLLeT AnDa?

0
0

CABARAN INSTABLOG EFG 7 HARI

Yeay...dah sampai ke cabaran kedua untuk hari yang ke 2...eh..korang followers aku ada tak yang join cabaran ni? meh la join..memeriahkan majlis...hehehehe.....seronok weh...menambahkan kenalan dan korang leh kenal seseorang tu dengan lebih dalam...kira mengeratkan silaturrahim la...kan?

Jom tengok apa dalam bag duit aku...ikutkan segan nak tayang bag duit buruk aku ni...dah setahun lebih dah aku guna...ntah bila nak rosak...hehehe...bukan apa konon-konon aku boleh la tukar bag duit baru....( mimpi la kan)

Bag duit leather COACH kaler orange...entah bag duit yang ke berapa ntah

tadaaa,..dalam ni ada ATM Card, Credit Card, Insuran dan Medical Card

Compartment sebelah bawah ada banyak membership card

Tengah -tengah tempat letak duit

Itu je yang ada pun...takde benda lain atau benda-benda tambahan...duit syiling aku campak dalam tabung je..tak pun dah selamat masuk dalam tabung kakak Dania atau Qhaira...asal nampak syiling je sure masuk tabung sebab diorang seronok masukkan duit dalam tabung tu...

Bercerita bab bag duit...bag yang ni je yang mampu bertahan selama setahun lebih tanpa cacat cela...ada potential tahan lagi lama ni...alah membeli menang memakai kan....hehehehe....

#CaBaRaNiNsTaBLoG7HaRiEFGKBBA
#EfGKbbA
#ExChANgeFeEdGrOuP
#KeLAbBLoGgErBeNAsHaARi

Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Give Away yang ditunggu tunggu oleh cik en dan sponsar sponsar cik en akan bermula pada 1/10/2015 sehingga 30/10/2015
Hadiah bernilai lebihdari RM 1000 boleh dimenangi dengan penyertaan 18 sponsar untuk 28 orang peserta yang bertuah. Mungkin anda salah seorangnnya. Jadi apa tunggu lagi, mari mencuba dengan join Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 ini dengan syarat yang sangat mudah.
Kalau sertai Insyallah rezeki itu ada, Kalau tidak sertai sudah tentu rezekinya tiada
Ini syarat yang perlu untuk menjadikan rezeki itu jadi kenyataan

1. Buat satu entry bertajuk " Giveaway Nurfuzie Dot Com #1"

2. Follow  dan like semua sponsar dibawah ini  dan copy html dan paste di HTML entri korang :

Follow Blog
Nurfuzie , Julia Jamaludin , Lisa Hlovate , Along , MrsYatie , KhalidKyle , Shad , Nona , Farah , Athirah Diyana , Ejulz , Addin , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Emy Amelia , Irrayyan , Sporting Mummy , SayidahNapisah

Follow Instagram
Nurfuzie , Lisa Hlovate , Along , Shad , KhalidKyle , Athirah Diyana , Ejulz , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Nona , Emy Amelia , Marshafarprettybylh

Follow Twitter

Follow Google+

Masukkan Dalam Bloglist
Farah , MrsYatie , Addin , Irrayyan , SayidahNapisah

Fanpage

Nurfuzie.com
Along Maisuri
Shad
Ejulz
Farprettybylh
Kawaidesu Concept
Sayidah Napisah
Emy Amelia
Carehappytips
Jeragat LESS? Seronok
Follow
Cahaya Farah
Irrayan

3. Publish dan letakkan link entri tersebut di komen entri  Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 sahaja

Tarikh Give away ini bermula 1/10/2015 sehingga 30/10/2015.

Shogun2u Tawarkan Makanan Lazat Dengan Tiga Langkah Mudah.

0
0

RESTAURANT BUFFET MAKANAN JEPUN DI LEMBAH KLANG YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN DALAM TALIAN.

Pernah tak korang rasa letih nak fikir kat mana nak makan, apa yang korang nak makan dan dah tak tahu nak makan apa? Haaa...itu masalah besar bila dah tiada pilihan makanan kan...kadang-kadang bila ada kat office dan malas nak keluar terus terfikir nak order delivery food aje kan? tetap;i masih tiada pilihan. Oleh itu Shogun2u menawarkan pilihan makanan melalui talian dan perkhidmatan menghantar makanan terus ke pejabat dan rumah anda di sekitar Lembah Klang. Berita yang baik kan? Lepas ni tak perlu runsing lagi..semuanya di hujung jari anda..

Shogun2U adalah platform pesanan makanan dalam talian dan menjanjikan makanan lazat dan sihat dari chef terkemuka yang akan dihantar teruske rumah anda. Ia menggabungkan bakat masakan Shogun Saisaki Ketua Chef dengan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan menu.Pilihan bahan yang segar setiap hari untuk menjamin kualiti perkhidamatan mereka

Restaurant Japanese Buffet Shogun terletak di One Utama Shopping Centre

Suasana di dalam restaurant

Shogun2u  menyajikan buffet serta pilihan makanan campuran dari negara Jepun, Korea dan Cina fusion untuk tarikan kepada pelanggan dengan. Julat harga serendah RM1.80 sehingga RM99.90 yang datang dalam satu set kombo sesuai untuk seisi keluarga. So korang boleh la bawa keluarga makan secara buffet disini dan percaya la..banyak pilihan makanan yang disediakan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

Antara makanan yang sempat aku capture untuk tatapan korang.

Spicy Fried Crab

Bamboo shell

Salmon Sashimi

Squid

Master chef Shogun memberikan Demonstrasi membuat Shushi Panda

pose sekeping Chef!! sporting sangat

Dato' Sri Michael Chong Pengasas Restaurant Shogun2u memberikan ucapan serta berkongsi pengalaman dan sejarah Restaurant ini ketika ditubuhkan. Kata beliau "Shogun2U membawakan kepada anda makanan berkualiti tinggi taraf chef-disediakan terus  ke rumah anda dengan harga yang berpatutan, mudah dan boleh dipercayai untuk semua orang. Pelanggan  adalah penting kepada kami dan kami memastikan untuk memberikan yang terbaik dalam setiap makanan yang disediakan. Kami teruja untuk menjadi berkembang di seluruh Asia dan menjadi pemimpin dalam industri penghantaran makanan dalam talian pada tahun-tahun akan datang akan datang ".

Panda Shushi - Untuk meraikan jualan RM1 juta tertakluk dalam tempoh tiga bulan, Shogun2U akan menawarkan set edisi terhad Panda Sushi. Set ini hanya akan disediakan untuk 500 pelanggan pertama di shogun2U.com. Ketahui lebih lanjut di www.shogun2U.com dan link Facebook SINI.

comel tak Panda Shushi???comel sampai sayang sangat nak makan

antara bento yang diperkenalkan untuk food delivery by Shogun

Unagi Kabayaki Bento

Chicken Katsu Don Bento

Delicious Gyoza menanti anda!!

Pelbagai pilihan Sushi

Berita baik kepada pelanggan Shogun2U Promosi Diskaun 40% untuk segala-galanya pada menu. Sila masukkan kod promo "YES40". Sah sehingga 15 Oktober 2015. Apa yang anda tunggu? Order SEKARANG dan cuba sendiri dan saya pasti anda akan menyukainya juga.

Promo Code valid until 15 Oct 2015

Jom daftar sekarang...langkah mudah untuk tempahan....korang ikut step by step

Terima kasih kepada Shogun2U diatas jemputan untuk berkongsi kejayaan  untuk mencapai target jualan RM1 juta dalam masa 3 bulan dan tahniah sekali lagi untuk pencapaian mereka. Selepas mencuba makanan di restoran, tidak syak lagi, ia adalah makanan terbaik Jepun yang aku pernah cuba. Tiram segar, sashimi, salmon, udang, ketam lembut, kerang dan lain-lain Semuanya begitu segar dan enak. Service dari kakitangan Shogun2u juga sangat-sangat memuaskan hati.

Sekiranya korang ingin merasai pengalaman makan di Shogun..boleh la terus ke outlet mereka di One Utama Shopping Centre.

Aku pasti akan datang lagi .

Info lanjut layari www.shogun2u.com dan Facebook

Biar Harta Carik Sendiri Dari Badi Kena Maki...

0
0

Biar Muka Tak Hensem Jangan Bodoh Sombong

Orang cakap..biar muka tak lawa..tapi jangan kurang ajar...kan?pelik betul aku dengan orang zaman sekarang. Dah la ko cari perkhidmatan orang...boleh plak mulut tu macam puaka...ko ingat ada yang nak layan ke...

Macam baru-baru ni la ada yang add aku kat FB pasal nak tau tentang minyak wangi Che Ta tuh...just aku tak tergamak nak viralkan aje..

macam ni ayat dia:

Dia : Salam kak, saya nak order perfume RCW tu dalam 3 botol dan nak akak COD kat KL Sentral

Aku : Wkmslm, erm...akak bukan dealer dik..akak beli perfume tu dan review

Dia : Menyusahkan la...kalau tak jual kenapa buat review

Aku : Eh sukati la...akak blogger..up to me la nak review ke apa

Dia : akak tau x susah nak beli perfume tu...

Aku : tak tau...

Dia : Jangan main-main boleh tak?

Aku : kalau aku agent RCW aku x jual perfume tu kat ko yang biadap ni...memalukan bangsa je..

Terus dia unfriend aku..conversation tamat macam tu je..muka lawa...maaf ckp pakai tudung tapi kurang adab...

Sama macam kes kat bawah ni ha...

Gambar sumber FB

Macam- macam hal orang zaman sekarang ni...dah kurang adab dah..mak ayah diorang tak ajar kot...kalau dulu la..zaman aku kecik-kecik...memang kena sesah ngan getah paip la kalau kurang ajar macam tu...kita masyarakat melayu ni terkenal dengan budaya dan budi bahasa..cantik je aturannya...tapi kalau dah macam ni punya perangai...memang semua tu pupus di telan zaman kan..

Am i right?

Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA | Perkara Wajib Buat Setiap Hari..

0
0

Hi korang...dah sampai ke cabaran hari ke 3...apa Perkara wajib yang si  Suriaamanda ni buat erk..

korang janji jgn gelak tau....janji tau....

Check jerawat kat muka...sebab sejak jerebu ni jerawat di muka bermaharajalela..

Kbai

CABARAN INSTABLOG 7 HARI EFGKBBA | DAY 4 > APA ANDA SELALU CARI DALAM FREEZER

0
0

CABARAN INSTABLOG EFG 7 HARI

Hey..Ahad kot...masih update blog? harus lah kawan2..sebabnya tak nak la tertinggal dengan cabaran-cabaran ni kan...jom tengok apa pulak tajuk untuk hari ke 4...aish cepat betul masa berlalu..hari ni dah hari ke 4 kita dalam bulan Oktober ni...

Aku ada habit yang aku rasa sangat-sangat buruk...aku kalau x minum air sejuk yang disimpan dalam peti ais memang tak sah...walau tau tak baik untuk kesihatan tapi aku tetap jugak nak minum air sejuk..so bila kat rumah sewa..aku akan cari ais atau air batu kalau takde air sejuk...tau- tau je la akalu duduk rumah bujang..letak air sejuk pun sure habis punya..the best part is kalau kat office..aku tetap cari air sejuk...sib baik kat opis ada peti ais...aku la antara yang rajin isi air dalam botol...pun..selalunya habis jugak...kalau tak minum air sejuk rasa macam tak puas la....korang sure sama kan?

gambar ais dari google

Lagi satu benda yang aku selalu cari dan tak pernah putus dalam peti ais adalah Vitagen....benda ni memang kena ada..sebabnya bagus untuk perut bagi tujuan penghadaman..yang pasti beli yang banyhak-banyak flavour atau beli 2 flavour yang aku suka je iaitu Apple dan Anggur...hehehe...kalau takde rasa macam x best...korang nak perut kempis minum la vitagen...

yeay selesai jugak task untuk hari ke 4.

kita jumpa nanti task hari ke 5

#CaBaRaNiNsTaBLoG7HaRiEFGKBBA
#EfGKbbA #ExChANgeFeEdGrOuP
#KeLAbBLoGgErBeNAsHaARi

Nikmati Masakan Kampung Terbaik Di Ummiza Cafe, Sepang.

0
0

Masakan Melayu Oriental Terbaik Di Jenderam Hulu, Sepang.

Bukan mudah untuk mendapatkan restoran atau cafe yang menghidangkan seratus peratus Masakan Melayu. Kalau ada pun pasti ada yang tidak menepati citarasa. Orang Malaysia sekarang lebih tertumpu atau kembali semula ke pencarian Masakan Kampung. Masakan Kampung yang betul-betul original tanpa bahan perasa tambahan. Dan semestinya makanan di Ummiza Cafe adalah HALAL.

Untuk itu Ummiza Cafe menampilkan kepelbagaian hidangan Masakan Melayu & Oriental yang dijamin keasliannya. Berbagai jenis hidangan masakan melayu yang di tawarkan di sini mengikut citarasa orang ramai.Aku rasa bertuah kerana diberi peluang untuk merasa masakan Melayu di Ummiza Cafe dan pastinya ini bukan kali terakhir aku akan ke sini tetapi pasti akan kembali lagi bersama keluarga..Wow...sememangnya menepati citarasa.Selain hidangan tengahari, di Ummiza Cafe turut disediakan sarapan pagi dengan pelbagai jenis kuih -kuih melayu.

Jom kita tengok gambar...

Nampak aje papan tanda kuning ni di Batu 29 Kampung Jenderam Hulu, Sepang..korang dah sampai la ke lokasinya..

Antara Hidangan Yang terdapat di Ummiza Cafe

Lauk -pauk di Ummiza Cafe berdasarkan menu mereka setiap hari iaitu :

Sambal Ikan Bilis

Sayur  Kobis Goreng

Sup Cendawan

Gulai Siput Sedut

Gulai Pucuk Ubi

Gulai Rebung

Kari Daging Campur Kentang

Sambal Udang Petai

Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api

Ayam Goreng Berlada

Ayam Masak Merah

Ayam Goreng

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Ikan Keli Berlada

Ikan Kembung Berlada

Ulam- ulaman dan sambal belacan

Di bawah ni kuih-kuih tradisional yang sempat aku rakamkan gambar.

Donut

Seri Muka dan kuih lapis

Kuih Kaswi

Mereka-mereka yang menjadi tulang belakang Ummiza Cafe.

Ummiza Cafe turut menerima tempahan dan tempahan hanya diambil untuk jumlah 300 ke bawah contohnya majlis makan- makan keluarga, pejabat, hari lahir dan ulangtahun.Tetapi peralatan catering dan pengangkutan tidak disediakan atas sebab kekurangan kakitangan. Harga yang dikenakan mengikut harga pasaran dan kuantiti lauk yang di tempah.

Untuk tempahan boleh hubungi :

Puan Nor > 019- 6682069

Ain > 011- 10602569

Atau

Sekiranya korang ingin merasai sendiri pengalaman makan tengahari di Ummiza Cafe, bolehlah set waze atau google map ke alamat berikut :

Ummiza Cafe
No 229, Batu 29
Kampung Jenderam Hulu
Sepang, Selangor.

Dibuka setiap Isnin hingga Sabtu,
Ahad -cuti

Sangat- sangat recommended bagi pencinta Masakan Melayu.

Warga KL, Sepang, Dengkil dan Nilai...jom lah terjah Ummiza Cafe.

Sekali cuba pasti tidak kecewa.

CABARAN INSTABLOG 7 HARI EFGKBBA | DAY 5 > DRAMA TV/MOVIE FAVORITE

0
0

CABARAN INSTABLOG 7 HARI EFGKBBA

Hari ni cabaran yang ke 5 plak...wah..lagi 2 hari je lagi nak abih cabran ni kan...ok takpe..jom la kita tgok apa plak task cabaran hari ke 5.

memandangkan aku jarang pergi tengok movie dan jarang jugak tengok tv tapi aku sangat-sangat suka dengan drama adaptasi dari novel...sebab apa? sebab aku ni pencinta novel dan dah tentu aku nak tengok di layar tv plak walau jalan cerita aku dah tau kan...hehehehe...orang cakap sapa yang suka novel ni jiwa karat..eleh..xdenya karat..aku tetap sama gak...brutal kena ada agar orang tak pijak kepala kan...

Jom tengok drama apa yang melekat kat hati aku sampai sekarang..

Adam dan Hawa...

Kerana Terpaksa Aku Relakan

Dia Isteri Luar Biasa..

3 drama ni win sangat di hati aku....ada satu lagi Ariana Rose...x dan nak cari gambar...tapi cukup la kan 3 drama kat atas tuh...semua novel-novel tu aku ada dan aku dah baca..ada yang aku ulang baca jugak...best wooo....

Korang suka drama apa?

#CaBaRaNiNsTaBLoG7HaRiEFGKBBA
#EfGKbbA #ExChANgeFeEdGrOuP
#KeLAbBLoGgErBeNAsHaARi

Alhamdulillah IG Dah 1000 Follower

0
0

Hi korang...

Pagi ni tgok IG masa dalam train...selama ni malas nakt tgok follower..ari ni tgok eh..dah naik 1000 la..alhamdulillah...punya la payah nak naikkan follower...sampai ada yang offer khdimat naikkan follower ber bayar..tak nak la aku kan..aku nak orang follow aku sebab ig aku..bukan sebab beli or dapatkan apa2 perkhidmatan...tp tu la..aku kena tapis jugak follower...dulu aku private kan IG...la ni tak lagi dah sebab aku nak orang follow IG aku...

Satu ilmu nak share bagi blogger-blogger...client akan tengok follower korang kuat ke tak untuk diorang bg korang advertorial..kalau follower kurang..tak capai arget diorang la kan...so lepas ni jom sama-sama naikkan follower IG...

Sapa lom follow aku....meh follow meh.....search  ID : @Rizzdania78

follow me..i follow u back.....

CABARAN INSTABLOG 7 HARI EFGKBBA | DAY 6 > BREAKFAST WAJIB ANDA

0
0

CABARAN INSTABLOG EFG 7 HARI

Cabaran hari ke 6 > Breakfast wajib....ekceli sarapan aku tak tentu...kadang- kadang simple giler macam sandwich biasa je...kadang-kadang...makan berat sikit macam nasi lemak ke...bihun or mee goreng...

kalau ada lebihan nasi...aku akan bangun pagi-pagi buat nasi goreng...tapi makan ciput je..lebih bagi kawan kat opis makan..tapi kan...memang wajib buat la kalau ada lebihan nasi...macam nasi goreng ni...ini aku buat hari ni tau..purposely untuk cabaran hari ke 6 ni ha....hehehehe..

Nasi goreng udang...pedas sikittttt je...

Lagi satu ini sarapan pagi wajib yang aku amik lately...kalau dah makan 2 biji telur separuh masak ni aku dah x amik makanan lain dah...dah cukup kenyang....

tempting tak?

Tergoda tak korang...heheheh...kalau dapat telur ayam kampung lagi best kan...

yeay settle cabaran hari ke 6...next cabaran terakhir plak....gadjet tercinta....
tunggu esok ye...

#CaBaRaNiNsTaBLoG7HaRiEFGKBBA
#EfGKbbA #ExChANgeFeEdGrOuP
#KeLAbBLoGgErBeNAsHaARi

Keluarga Besar Kelab Blogger Ben Ashaari

0
0

Apabila Keluarga Besar KBBA Bertemu

Last week masa event food review di Ummiza Cafe, Dengkil. Sempat bertemu dengan mereka-mereka ni..ikutkan ada ramai dan hanya sempat jumpa diorang je..x dan nak lama-lama sebab dapat panggilan emergency.But bila sesekali berjumpa dengan rakan-rakan yang hanya kenal di alam maya..adalah sesuatu yang sangat- sangat menyeronokkan...masa ni la nak bermesra nak selfie dan nak laga pipi kan...satu kenangan tu....

Jom aku kongsi dengan sapa yang sempat aku jumpa last week.

With Kak D'Laila owner Mee Udang D'laila, MMA Corner Nilai

Dengan Bella Idura

with Farah Waheda Wahid and anak dara Ben Ashaari

with mommy Irra..

mereka- mereka keluarga KBBA...

Sebahagian besar family KBBA...aku je xde dalam tu kot...hehehe

Apa perasaan aku bila dah berjumpa ngan mereka-mereka di kalangan ahli KBBA. Im happy...cuma perlu berjumpa lagi baru boleh kenal semuanya kan...sekarang beramah mesra di alam maya, Whatsaap je..bila dah jumpa macam malu-malu..ada yang segan nak tegur aku..ada yang aku segan nak tegur diorang...bila dah ada perjumpaan yang pertama sure ada yang kedua dan seterusnya kan...

i tell you...seronok.....seronok sangat-sangat...

Sapa nak jumpa aku plak?meh ler...meh ler....

PROMOSI PENGHABISAN STOK L’AROME SLIMMING SERUM

0
0

PROMOSI PENGHABISAN STOK L’AROME SLIMMING SERUM !!

Pasti semua dah kenal dengan L’arome Slimming Serum atau nama barunya L’arome Warm Serum.  Bukan sahaja untuk kurus dan pecah lemak. Sebenarnya  banyak kegunaanya.

APA YANG L’AROME BOLEH BANTU LAGI?

LEMAK: pembakaran lemak berlaku sangat pantas

SELULIT: perubahan ketara hanya dalam tempoh 1 minggu

LANGSING: perubahan yang amat ketara dlm 3-7 hari

STRETCH MARKS: hampir 100% hilang dlm masa 1 bulan

BAHAN UTAMA L’AROME ialah dari APPLE STEM CELLMenggunakan teknologi Apple Stem Cell terkini dari Switzerland dalam membantu membakar lemak berlebihan di sekitar perut, pinggul, peha dan lengan. Menghilangkan selulit, orange peels, strecth marks & parut.

BAHAGIAN MANA BOLEH DI SAPUKAN L’AROME?
* Boleh disapukan pada double chin.

* Menghaluskan tekstur kulit.

* Mengeluarkan angin-angin dalam badan.

CARA PENGGUNAAN L’AROME :
Untuk pertama kali, cuba dahulu 1pam dan sapukan di bahagian perut tengah sambil sapu. Gosok, urut, tenyeh, dan tepuk-tepuk pada bahagian berlemak atau bahagian yang perlu.

SAPUAN PALING EFEKTIF UNTUK L’AROME:-
- 2 x sehari
- pagi selepasmandi
- malam sebelum tidur

Jika ada masa lapang boleh sapu 3x-4x sehari (lagi cepat Nampak keputusannya sambal tepuk-tepu di bahagian yang telah di sapu). Kunci turun berat badan ialah bahagian (urutan dari ulu hati kebahagian perut)

TIP:
- Kalau boleh hindarkan dari minum kopi/teh (kecuali green tea) kerana gangguan metabolism badan.
- pakai girdle/korset (jika ada)
- Jika anda banyak lemak tepu,  amalkan diet protien (makan Ikan, ayam)
- Kurangkan karbohidrat (nasi, mee, roti, kuih muih dan minuman manis)
- elakkan makan telur, kacang soya, kentang, durian, minuman manis, sejuk, berais dan bergas
- perbanyakkan minum air masak.

TINDAK BALAS L’AROME

- kurang selera makan
- lawas buang air besar
- nyah toksid dan lemak
- mungkin aka nada merah2 atau gatal pada bahagian yg disapu. Jangan panik/takut...itu normal...serum sedang meresap dan merungkai lemak tepu.

Testimoni 1
"Saya hilang 2.5inci 2 minggu. Selulit makin hilang!!"

Testimoni 2
"Lengan kecik, perut kempis"

HARGA LAROME:
1 botol RM170

All-in-1 bottle – harga treatment jika di SPA RM1.5K-RM3K, tetapi anda hanya perlu bayar lebih kurang 10% sahaja.

HARGA ISTIMEWA PENGHABISAN STOK RM106 SAHAJA !! TERMASUK KOS PENGHANTARAN (POS)

PM/SMS/CALL/WA: 0126460421

Cabaran Instablog EFGKBBA | day 7 Gadjet Tercinta

0
0

Hi korang...lambat bersiaran hari ni..harapkan data dh nak abih...kejap je..Baru renew 21hb lepas..ni nak abih dh...so kena duduk diam-diam kejap...well..ni ootd semalam..ekceli ada je hutang entry bak bg up..tp xde mood nak up..untuk tu tgok la gambar semalam eh...ni pun aku update guna phone je ni...phone ni x best...x puas...tp gambar cantik...
Handphone apa ni...ni la phone Baru aku...Xiaomi Redmi 4G
Sbb tu byk mkn data kot...4gb pun x cukup..nyesal aku downgraded data ni...
Sorry aku up hasil Dari hp aku je...x amik gambar phone. .
Celah bedah mn aku nak amik kalau aku guna phone ni blogging kan...esok2 la aku letak gambar....

Settle sudah cabaran EFGKBBA... Pas ni kami nak buat cabaran lagi..tungguuuu.....jgn ada yg sentap plak nanti tgok byk Sgt cabaran...

Kiss Dari Mama Long...

0
0

Assalammualaikum duniaa...
Hi aunty..hi uncle..hi nanny..hi tok daddy...
Hahahah...Qhaira tolong kissed semua ye...mamalong Qhaira takde pagi ni sebab pergi medical check up...mamalong cakap Qhaira comel so qhaira aje yg boleh kiss..mamalong tak buyeh sebab nanti ada orang jeles...
Semua jangan notty ye..doakan mama long qhaira sihat sentiasa....

Mmuahhhhh.....

Tinge Limited Edition

0
0

Hi korang....
Quick update..pernah minum air ni tak? keluarang Spritzer...ada pelabagai perisa antaranya Lemon, Grape and Lychee...aku jatuh hati ngan air grape ni...ianya merupakan minuman berperisa bukan berkabonat..sedap lagi kalau minum time betul2 sejuk...sampai ke titisan terakhir pun masih sedap lagi...hahahha...well sure korang puas hati minum air ni...
Ekceli aku jarang beli air-air berperisa kat pasaran...selalu minum air sejuk je..sesekali je kalau teringin..kalau ada pun yang selalu aku beli cuma Vitagen dan 100 PLUS...dah teringin sangat-sangat baru beli...lagipun minum selalu tak elok kan...sebab kandungan gula yang tinggi..dah la umur2 macam ni senang penyakit nak singgah...menghindar lebih baik dari merawat kan..?

CABARAN MENCARI KARIPAP TERSEDAP DI MALAYSIA..

0
0
Sarapan merangkap Lunch aku hari ni....2 ketul karipap RM1...sedap pun sedap..inti pun penuh...dah gigit separuh baru teringat nak amik gambar...nak tunjuk kat korang hasil gambar dari hp xiaomi aku ni ha...kang ada yang ingat aku guna apps plak...hehehe..masih x up gambar HP baru...sebab apa..dah tentu-tentu aku tgh guna hp ni...hehehehe...giler pemalas aku nak amik guna orang lain nyer hp...gambar google ok tak?

sharp dan cantik je gambarnya...

sedap weh karipap ni...kenyang jap...tp tgok la petang kang...sure lapar

awal bulan dan awal tahun ni aku ada buat pencarian Tomyam paling best dalam Malaysia kan...tp separuh jalan je...sebab apa..sebab Vitamin M melanda..dan dah tentu2 kena marah..asal nak makan je amik gambar dulu...annoying orang kata kan...so kuburkan sahaja hasrat hati nak buat pencarian Tomyam tuh...buat lain la...

Kalau aku buat pencarian karipap paling best ok tak...eh...buat cabaraan ok gak ni kan....CABARAN MENCARI KARIPAP TERSEDAP DI MALAYSIA....haaaaaa...ok gak kan? nak usulkan la kat Mommy Irra....memandangkan EFGKBBA merata di Malaysia kan....

Ok tak idea ni?rasanya tak sia-sia kot...perut kenyang dan pihak yang berniaga dapat ganjaran...bisnes boleh maju kan....pelanggan ramai....berblog sambil berbakti....

Apa kata Mommy Irra?

BBQ, Dania dan Family Aku.....

0
0

AKTIVITI DIKALA HUJUNG MINGGU

BBQ dan family aku memang berpisah tiada...boleh dikatakan sebulan 2-3 kali jugak buat...ni permintaan Dania last week...mulanya memang la takde sambutan apa-apa untuk birthday dia kan..as a mom memang aku tak sampai hati la bila dia dah mintak...so buat jer la..kami-kami dalam family je..semua contribute..aku hanya amik portion lamb je..yang lain-lain adik -adik dan abah yang contribute...walau jerebu teruk di seremban...kami buat jugak...cuma tk banyak pembakaran la...

Jom tengok gambar la..

Ayam...bahagian kepak dan peha je...

Lamb....

Sotong

ikan keli ni abah pancing..

tiba time bakor...kita bakor..kita bakorrrrr......

merecik air liur dah ni..

lawa tak tempat pembakar...bukan aku punya...pinjam kat kawan adik ipar....haih..meroyan plak suh aku beli...motif aku kena beli? hahahaha...tunggu la ada rezeki...

ni masa di pertengahan...lambat plak masak,...

dah hampir masak...

BBQ ni sebenarnya kena pandai jaga api...baru cantik je dia masak kan....well aktiviti macam ni perlu ada dalam sebuah keluarga...merapatkan silaturrahim..kan?tapi kan...kalau dapat BBQ kat tepi pantai lagi best kot...sambil BBQ sambil hirup udara yang segar...masalahnya bila kala nak segarnya udara kita ni kan...Jerebu ni pun makin lama makin teruk..2 hari ni je nampak macam ada kurangnya...

Korang suka tak aktiviti BBQ ni? tapi kena yang ok ngan kerja-kerja renyah la...mana nak hidupkan arang...nak marinate bahan..nak bakar...nak kipas..nak jaga api...selalunya bab-bab tu aku serahkan kat adik-adik ipar aku...aku ada ramai adik ipar kot...hehehehe..

Next nak tunggu la pengantin baru balik...nak buat BBQ lagi...bulan 11 kot...hehehe...mana tau dia bawak balik udang  besaq2 dari penang....

Penang pun aku tak teroka lagi....erm.....

Lepas BBQ ni anak dara aku tu senyum lebar sampai ke pipi....amboiii...seronok betul tu.....puas hati eh....mama melayan je kehendak kan....

weekend mama macam ni la...peluang weekend ngan anak memang x lepaskan...setiapa masa memang luangkan untuk anak dan anak-anak buah.....

Buah Hati Baru....

0
0

Handphone Xiaomi Redmi Note 4G...

Dah berapa kali aku meroyan pasal handphone lama aku Samsung Note 2 rosak...aku nak blogging payah...macam-macam button x leh guna...so..amik keputusan beli handphone ni...pilihan terakhir selepas puas cari kat Sunway Pyramid..jumpa kat area Subang Jaya..area kedai Handphone yang Viral tu...tak ingat plak aku nama kedai tu...dengan budget RM800 dapat la aku memiliki Xiaomi Redmi Note 4G ni....

Lega rasa hati...cuma aku tak habis explore lagi la handphone ni....gambar memang sangat cantik...sharp je...kena pandai la guna application yang ada....

besar skit dari Samsung Note 2 aku

Casing pun cantik dapat free masa ni...

aku dah update system yang terkini MIUI 6.7.1.0

Bila dah update kan....masalah plak aku x jumpa macam mana cara nak screenshot...alaaaa...sebelum ni boleh jer screenshot...la ni dah x leh...puas aku godek2...haih rasa nyesal plak update system dia...bukan apa..bila aku dah update gambar jadi cantik tuh...ntah mana aku nak cari cara nak screenshot...lantak la..malas aku nak pening-pening...jangan korang suruh aku screenshot apa2 dah la...

Berapa GB handphone aku ni...16gb, SD card aku tambah lagi 16gb , Kamera belakang 13 megapixel dan kamera depan 8 megapixel...yang lain-lain jangan ko tanya aku eh....tak reti aku nak belek de...ni pun aku buat entry sebab ramai antara korang nak tau aku guna hp apa dan kenapa gambar aku ambik macam bukan  dari kamera hp...

Siyes korang...aku takde DSLR...aku xde kamera canggih...camera digital aku pun aku dah lama tak guna...aku guna hp je...

Yang buat aku bengang...dah ada hp baru...Note 2 aku ni elok plak...dah tak rosak dah....eeee...bertambah-tambah geram aku dibuatnya..

Cuma sejak guna hp 4G ni kan...data aku cepat habih....4gb cepat betul habihnyaaaaa....

Huwaaaaaa....

Bos Malu- Malu Sambut Birthday

0
0

SAMBUTAN BIRTHDAY BOS YANG KE 26 TAHUN (katanya)

Hari ni murah rezeki...dari pagi makan jer...memang la kan...makanan memang tak boleh dipisahkan ..rugi tak makan...hancus musnah diet pun takpe..aku tak kisah sebab makanan memang sedap...eleh...makan apa je pun setakat kek kan...giler korang aku tak makan kalau kek macam ni punya cantik, nikmat malah tempting sangat2?

Memang menolak tuah kalau tak makan kan....meh kita skodeng beberapa gambar kek dan sambutan yang simple buat boss kami, En Mohd Radzuan Yahya..

korang nak kata aku kejam tayang gambar kek ni...aku tak kisah sebab aku memang sengaja nak tayang plus aku nak test skill amik gambar guna handphone Redmi Note 4G aku ni kan....

Sediakan tisu eh..kang ada yang jilat skrin plak...aku x dapek nak tolong de...

okeh...cukup la...heheheh...korang terliur tak? ada yang lap skrin aku tengok...merecik eh air liur...

meh la aku jamu korang tgok simple celebration......

gambar tuan tanah dan kawan baik..

one more pose...

alalala...malu plak En Radzuan kami bawak kek...xde lilin sebab dia x suka

ni masing-masing the bosses mengusik la ni...

potong kek boss...jangan malu-malu

but he is a shy guy...

orang kuat di belakang tabir...

Alhamdulillah...selesai majlis sambutan hari lahir one of our boss...our advisor...next tak tau sapa punya birthday plak....

Pada aku sambutan yang macam ni perlu ada dalam setiap organisasi..menyemarakkan hubungan antara bos dan kakitangan..merapatkan silaturrahim kata orang kan...lagi pun bukan semua dapat berkumpul..ini pun x ramai yang ada sebab ada meeting dan ada yang outstation...

psst...kitorang memang x pernah lari dari bab makan-makan....hahahaha...itu yang penting....

last but not least...Happy Birthday MRY a.k.a En Mohd Radzuan Yahya...dont mention about age..please inform everyone today he is 26 years old....

Awww....notty eh bosss.....amboiiii...
Viewing all 9426 articles
Browse latest View live