today's pic
Ada apa dengan tajuk diatas, kedengaran macam serius jer...memang sangat2 serius..aku terbaca dalam ruangan Gen Y Harian Metro hari ni tentang tajuk ni dan terpanggil untuk berkongsi dengan korang semua readers aku...base dengan apa yang aku alami selama 9 tahun aku single...
Pernah korang dijauhi ramai orang? x kisah la kawan satu tempat kerja, jiran atau kawan2 baik masa sekolah dulu ke...mana yang x sedar tu mungkin x perasan yang orang lain kurang selesa ngan kehadiran korang di kawasan jajahan diorang...yes..itu yang aku alami dulu...mula2 kerja kat Seremban dulu aku x terasa sangat kot sebab aku dah biasa dengan environment hiburan...mana yang x tau aku dulu PR event management yang berpusat di shopping complex so aku x rasa sunyi sangat sebab aku bergaul dengan macam2 jenis orang dan secara x langsung terlibat dalam dunia seni dan pengacaraan...cuma aku perasan budaya kerja di tempat lama memang x setanding di tempat baru...dulu aku cuba menafikan tp sekarang aku jelas yang kadang2 even aku x buat apa pun orang x senang dengan kehadiran aku...aku pun x pasti kenapa..nak kata aku bagus x plak...nak kata hebat sangat pun x jugak...
Tapi apa yanga ku buat hanya lah....ignore sahaja mereka2 itu sebab pada aku x menguntungkan pun kalau nak ambil hati...apa yang aku belajar dari pembacaan rencana2 dan juga bahan2 bacaan lain adalah:
Tingkatkan Kenyakinan
Syarat pertama untuk menjadi orang yang di sukai ramai ialah kita harus mempunyai tahap keyakinan yang tinggi, tidak semestinya kita kena menjadi seorang yang lebih serius pada setiap masa. Kenyakinan yang dimaksudkan adalah kita yakin bahawa kita boleh jadi diri sendiri dan tidak berpura2 atau menjadi orang lain untuk di sukai ramai.
Dalam aspek pergaulan, adab dan emosi itu sangat penting. Salah langkah maka orang lain akan mula menjauhi kamu.oleh itu yang penting adalah personaliti kamu. tidak salah menjadi diri sendiri dan jangan terlalu menunjuk. Jadilah seorang yang ikhlas berkawan dan jangan sesekali melepaskan tempias emosi kamu pada orang lain.
Gaya Juga Penting
Aspek ini juga perlu dijaga dan sangat penting.Pakaian yang digayakan itu penting untuk membuktikan yang kamu tidak ketinggalan zaman namun..terlebih gaya juga tidak elok sebab kamu hanya akan kelihatan melampaui batas. Hanya bergaya mengikut apa yang kamu suka dan semestinya tidak salah memilih gaya.
Pakai Mekap
Untuk golongan gadis pemakaian mekap juga perlu agar kamu kelihatan cantik ketika kemana - mana.Kamu akan lebih disukai sekiranya kamu pandai menggunakan mekap cuma jangan sesekali mengenakan mekap hingga kamu kelihatan sangat pelik..
Menjaga Kebersihan
Point utama dan sangat penting untuk mendapat perhatian orang untuk berkawan dengan kita adalah kebersihan diri.kalau kamu tidak menitik beratkan kebersihan diri memang ramai yang akan menjauhkan diri.oleh itu..kebersihan diri memang harus dijaga, jangan lupa guna pewangi badan walau dimana kamu berada..
Sumber : Harian Metro
Nampak macam simple dan senang kan...semua aspek yang aku kongsikan diatas adalah sangat penting untuk kita x kiralah korang ni remaja ke atau dewasa, elemen2 tersebut sangat penting.Kalau pandai bawak diri ketika bergaul pasti orang suka apatah lagi kalau korang jenis tahan bergurau kan...kadang2 x kira lelaki atau perempuan memang suka bergurau kasar, terpulang pada cara mereka cuma penerimaan kita itu yang penting.kalau jenis cepat sentap atau cepat melatah susah la kan...confirm xde yang nak berkawan dengan kita..
Renung2kan la...