Quantcast
Channel: SURIA AMANDA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9170

Hati Felixia Yap sudah dimiliki?

$
0
0
Photo by Mylaunchpad

Siapa tak kenal Felixia Yap? Si cantik ini sudah pun selamat melafazkan dua kalimah syahadah sebagai saudara baru 3 Julai lepas. Biarpun baru lima hari memeluk Islam, tetapi Felixia sudah lama menukar imejnya kepada imej seorang Muslimah dan meninggalkan dunia ‘Playboy’nya.

Tetapi kepada jejaka di luar sana yang dah mula berangan mahu menyunting Felixia, anda mungkin akan kecewa dengan berita ini. Sehari selepas memeluk Islam, gambar seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki Felixia tersebar di internet.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Raja Zainal Badri. Berbangsa Melayu, beliau merupakan anggota kerabat diraja Selangor dan Presiden Kelab Kuala Lumpur Drumline Corps (KLDC).

Jika benarlah berita ini, kami tumpang gembira. Siapa pun pilihan Felixia, semoga lelaki berkenaan dapat membimbing beliau menjadi seorang Muslimah sejati.

SUMBER

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9170