Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan larangan itu telah dikenakan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) selepas kementerian menerima notis pencemaran dua hari lalu.
“Kami menerima notis dari Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat (AS) yang memaklumkan mengenai pencemaran tersebut. Kontaminasi itu telah menyebabkan tiga kematian dan banyak kes kesihatan di AS dan Kanada,” ujar Ismail.
Walaubagaimanapun kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik balik epal yang sudah dipasarkan di Malaysia, kerana ia melibatkan nutrisi pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan
Isu yang berkaitan dengan pengharaman epal telah tersebar meluas menerusi media sosial sejak beberapa hari lalu.
Malah portal media popular turut melaporkan penyebaran bakteria itu setelah dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal di Bidart Bros berhampiran Bakersfield, California.
Kredit gambar: homeschoolfitnesscoach
SUMBER
Suriamanda > Aduhai...dah la epal royal kegemaran aku...baru lepas makan epal jepun beli RM8 sebiji...bapak giler besar...tp sebab nak rasa beli la jugak...sedap pun sedap...dah lama x makan epal royal ni...selalu makan betik or strawberry or epal jepun je....epal royal x jumpa yang betul2 sedap...lepas ni x yah la beli epal royal sampai semua kembali ok....kan?