Quantcast
Channel: SURIA AMANDA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9183

Ikan Bakar Che Yah Sri Melaka Jalan Bellamy

$
0
0

Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy Menjadi Tumpuan Makan Tengahari

Hai korang...last week aku pi makan tengahari di Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy, lama dah tak terjah kat situ..tekak terasa nak makan ikan bakar...tp nak makan kat situ je....syukur sangat2 sebab akhirnya dapat makan kat sini.. tak leh selalu sangat terjah...sebulan sekali atau 2-3 bulan sekali baru best dan rasa feel tu kan..

seperti kebiasaan jom tgok apa aku makan....


sotong bakar...agak terlalu kering...tp sedap jer...


kasik zoom sket...


sesenduk je nasi dan tauge kasar goreng


sambal ikan bakar


sambal kicap


3 ekor ikan keli bakar....awesome...dalam ni nampak 2 ekor sebab sekor dah mkn

Total Damage kat sini : RM40 


berita tentang Medan ikan bakar Che Yah Seri Melaka di utusanonline.com.my..saje share kat sini...
glamaur dah gerai ni sebab rasanya dia nyer gerai je yang so far kena ngan tekak aku ...yang 2 lagi tu x kena langsung...


Deretan gerai ikan bakar di Jalan Bellamy di sini, merupakan lokasi tumpuan orang ramai pada waktu makan tengah hari.

Dengan aroma ikan yang dibakar menusuk hidung pastinya membangkitkan selera pelanggan.
Bagi yang kerap singgah di kawasan itu sudah tentu tidak asing dengan ikan bakar yang di­sajikan di gerai Che Yeh Seri Melaka.

Menurut pemiliknya, Kamariah Dorani, 56, dia menjual pelbagai jenis ikan bakar antaranya ikan pari, keli, terubuk, siakap, tilapia, cencaru dan kembung. Sotong bersaiz besar, udang dan kerang juga terdapat di gerainya.

Katanya, lagi, keistimewaan ikan bakar yang di gerainya terletak pada keenakan air asam yang dihasilkan daripada resipi turun-temurun.

“Ikan pula diperap bersama bahan-bahan seperti cili api, cili merah,­ tomato, limau kasturi dan asam jawa selama lebih kurang dua hingga tiga jam sekali gus menjadikan hidangan ini lebih enak,” katanya­ ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, harga bagi ikan bakar juga sangat berpatutan iaitu antara RM7 hingga RM25.

Harga bagi sotong, udang dan kerang bakar pula antara RM3 hingga RM20.

Beroperasi pada pukul 10.30 pagi hingga 4 petang (kecuali Jumaat) gerai ini terletak di No. 2, Jalan Bellamy, Bukit Petaling, Kuala Lumpur.

SUMBER

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9183