Mudahnya Ajal Menjemput
IMAM Masjid Kampung Temeris, A Karim Ismail, menghembuskan nafas terakhir ketika sujud semasa mengimamkan solat sunat Aidiladha
Kami segera menghantarnya ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, namun dia disahkan sudah meninggal dunia," katanya. Amran berkata, beliau dan ibunya, Napsiah Ahmad, 64, berada di masjid dan mereka terkejut dengan kejadian itu. Katanya, bapanya sudah lama menghidap penyakit jantung, justeru mereka percaya kematiannya disebabkan serangan penyakit itu. "Kami sekeluarga reda dengan pemergian ayah yang terkenal sebagai seorang lelaki yang baik dan disenangi orang kampung," katanya. Beliau berkata, jenazah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temeris selepas solat Asar.
Ketua kampung itu, Mohd Yunus Abdullah, 64, berkata beliau menyedari sesuatu yang pelik kerana imam sujud lebih lama daripada biasa dan terkejut apabila mengetahui dia meninggal dunia tidak lama kemudian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Luqman Abd Rahman, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
SUMBER