Hi korang....
Semalam sempat singgah ke Pasar Tani Stadium Paroi, Seremban bertemu rakan blogger iaitu Food Blogger terkenal Hazman Fadzil yang sekarang giat berniaga di Pasar Tani sekitar Negeri Sembilan. Dah banyak kali hajat nak singgah tak kesampaian sebab kekangan masa...tapi semalam sempat la singgah di gerai beliau..
ye ini lah dia Nanas Manis MD -2 terbaik yang pernah aku makan...kebetulan sebelum ni aku tak berapa suka dengan nenas sebab buat pedih lidah kan...tapi ternyata makan nenas manis MD2 ni memang sedap..aku sorang je makan berkeping- keping...dan yang pelik lidah tak pedih or org cakap tak lidas..menurut Hazman hanya Nenas Kualiti terbaik je yang diorang jual..stok pun ambil kat Johor setiap hari Khamis...
bersama Food Blogger Malaysia Hazman Fadzil dan Nenas MD-2 yang buat aku terliur..semoga Hazman dan rakan terus maju dalam perniagaan beliau...
ni sebelum kupas..serius aku tak pandai kupas nenas..so serahkan pada yang pakar iaitu Abah
rupa paras selepas di buang kulit dan di buang 'mata' nya
Setelah di potong...nampak juicy sangat...sedap di buat jus atau makan begitu sahaja
gigitan pertama dah terasa segar dan manisnya nenas ini
Dania pun suka
bila tanya pedih lidah tak...dia kata tak...dan sangat sedap
Jom belajar sedikit info tentang Nenas Manis MD-2
Apa itu Nanas MD2?
-Berasal dari Hawaii
-Dibawa masuk ke Malaysia pada 2008
-Rasanya yang lebih manis
-Berat antara 1.3 hingga 2.5 kilogram sebiji
-Rupa buah berwarna kuning keemasan dan mata yang besar
-Memiliki bentuk silinder dan segi empat lonjong
-Sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah
-Tahan lasak dan tidak mudah rosak
-Isi buah berwarna kuning dan padat
-Mempunyai kandungan vitamin C empat kali ganda lebih tinggi
-Harga benih MD2 bernilai RM1.50 sepokok
Info Khasiat Buah Nanas MD-2 Dari blog Uncle Zuan:
- Mengandungi Vitamin C 4 kali ganda lebih tinggi dari buah nenas yang lain.
- Rendah kandungan Saturated fat, Cholestrol, dan sodium.
- Juga kaya dengan Fibre, Thiamine, dan Vitamin B6.
- Boleh menyebuhkan penyakit Gaut.
- Mempunyai keupayaan Diuretic dan Detoxification yang dapat menjauhkan sakit kanser.
- Mencairkan darah dan melegakan sakit darah tinggi, kencing manis, batu karangdan sakit saluran pernafasan.
credit info blogger JMR dan Uncle Zuan
Special thanks to Food blogger Hazman Fadzil yang kini telah bergelar usahawan Nenas Manis MD-2. Buat masa ini beliau hanya berniaga di sekitar pasar tani di Negeri Sembilan. Kalau ada di antara korang nak dapatkan Nenas Manis MD-2 ni boleh la ke Pasar Tani yang terdekat dengan tempat korang tinggal...sesekali berjalan jauh takpe kot...hehehe..
korang rasalah nenas ni...gerenti sedap...gerenti puas hati dan sangat- sangat recommended..