Quantcast
Channel: SURIA AMANDA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9177

Tabah Dan Kuatnya Semangat Mak

$
0
0
Pengalaman ini memang sangat berharga..dulu hanya mendengar pengalaman kawan kawan yang pernah rasa betapa sakitnya menghadapi dugaan..kini semua tu berlaku pada aku dan keluarga..ujian yang maha hebat yang tak akan jumpa di mana mana..Alhamdulillah Mak dah selamat menjalani pembedahan dan dh melepasi tahap kritikal..mendengar doktor sebut Jantung Mak terhenti semasa proses Pembedahan Aku jadi tak keruan..airmata berjurai-jurai..Aku x tau nak cakap apa..aku rasa seolah olah Aku tak kuat..apatah lagi pandang tubuh kaku mak tak sedarkan diri di ICU..sedih..hati bagai dicarik Dan ditusuk pisau..Tp Aku kena redha..kalau Aku sedih Abah lagi sedih..Cuma Abah tak tunjuk..jauh disudut hati Abah memang Abah sedih...

Semalam lepas Mak masuk OT,

1. hati Ni jadi  gundah gulana
2. Duduk x kena,berdiri pun rasa x jejak
3. Perut jadi sebu
4. Puasa tapi kerap buang air kecil

Lepas Mak masuk ICU

1. Saat tengok Mak tak sedarkan diri...speechless..pagi sebelum tu elok borak2 dengan Mak lepas tu Mak senyap..tubuh Mak kaku dan pernafasan dibantu mesin
2. Bengkak2 mata nangis..Cuba nampak Kuat..Cuba nampak tabah..tapi nyata Tak Kuat
3. Dalam otak hanya fikir Mak..
4. Kul 4 petang..merayau sampai pintu ICU..x dapat tengok mak..tgok pintu ICU pun cukup la..

Pukul 6 pm

1. Hati melonjak girang
2. Hilang semua rasa Tak sedap
3. Mak dh Sedar..tapi Masih mamai
4. Mak Cuba bercakap Tp Tak boleh..Tak paksa..Dia nak jugak cakap
5. Mak Seolah Tak sabar nak bercerita
6. Masing2 dh boleh senyum...
7. Masing2 hati girang

Sampai rumah seremban

1. Kaki sakit
2. Tumit Sakit
3. Mata Tak boleh Angkat
4. Baring je terus pengsan

Penangan Seharian yg pahit Dan manis....semoga pengakhiran yang membahagiakan...Semua aturan Allah...pesan ku pada semua..sayangi ibu bapa Kita..jaga mereka sebaiknya selagi hayat di kandung badan..

Syafakillah Bonda Tersayang...semoga Allah berikan kesembuhan yang luar biasa....amin..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9177