Quantcast
Channel: SURIA AMANDA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9170

Resepi Kari Kambing Suriaamanda Versi Bergambar

$
0
0

Langkah-Langkah Memasak Kari Kambing Versi Suria amanda...


Lama tak makan kari kambing...teringin Dan bukan Aku sorang je teringin..Abah pun Sama..Mak for sure tak leh makan la kan..kelmarin x tau la semangat betul masak..Dan Kali berjaya masak kari kambing sedap Sama macam Mak masak..

Jom Aku share version Aku masak ngan korang...Eleh..korang pun sure lagi terror masak kari kan..


4 sudu besar cili kering, 4 sudu besar kari daging adabi, 2 pelepah daun karipule, 2 batang kayu manis, 4 biji bawang kecil, 5 biji bawang putih, halia dan kunyit hidup ditumbuk, 2 ketul bunga lawang, 3 ketul bunga cengkih, 3 ketul buah pelaga..semua bahan ni dicampurkan dan ditumis sampai naik bau dan terbit minyak...


Masukkan daging kambing dan tulang gearbox kambing tu..gaul dan biarkan mesra dengan rempah2 tu semua


Masukkan kentang dan gaul lagi..biarkan daging Betul2 kecut..kacau sentiasa supaya bahagian bawah x hangit


Masukkan santan dan sedikit air asam jawa, kacau selalu agar tidak bertahi minyak..kalau agak pekat campurkan sedikit air masak


Perasakan garam dan biarkan mendidih, masukkan sudu besi 2 batang untuk daging cepat empuk..


Dah siap....Dah boleh makan dengan nasi panas,roti,roti canai, roti prata atau apa sahaja ikut selera korang..

Selamat mencuba ye korang...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9170