Quantcast
Channel: SURIA AMANDA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9170

Tips Atasi Peningkatan Kos Sara Hidup Dari Rumah

$
0
0
Hi korang.....

Dalam kehidupan sebelum soal kewangan sememangnya akan berlegar- legar di fikiran kita. Walaupun begitu masih ramai lagi yang gagal dalam aspek pengurusan kewangan.Disini aku ingin kongsi sedikit panduan agar korang lebih faham akan kepentingan untuk mengutamakan keperluan berbanding kehendak agar hidup korang tidak terjejas dengan soal kewangan di zaman kos sara hidup semakin tinggi sekarang ini.

 PENDAPATAN TETAP DAN TAMBAHAN

Zaman sekarang ramai isteri yang di lihat keluar bekerja demi membantu suami meringankan beban kewangan keluarga. Tidak dinafikan harga barang pada masa kini amat berbeza berbanding dahulu. Selain kos hidup yang semakin meningkat, suami juga perlu memikirkan tentang pendapatan tambahan untuk menyara kos sara hidup yang semakin meningkat dewasa ini.Mungkin pendapatan tambahan boleh di perolehi dengan menjadi dropship atau berniaga melalui talian.

 AGIHAN DUIT PENDAPATAN

Sekiranya kita sudah menerima duit gaji dari pendapatan tetap, benda pertama harus dilakukan adalah sila agihkan duit tersebut untuk bayaran- bayaran tertentu dengan kadar segera. Jangan sesekali gunakan duit selagi kita belum memperuntukkan bayaran seperti ansuran rumah, bil utility, ansuran kereta dan sebagainya supaya kita tidak terbeban  untuk membayar di kemudian hari.

BERJIMAT DALAM BERBELANJA

Untuk berjimat dalam berbelanja, elok sekiranya korang merancang dalam soal pembelian barangan baik keperluan dapur  di pasar mahupun di pasaraya. Korang boleh jimatkan perbelanjaan dengan menyenaraikan  terlebih dahulu senarai barangan yang perlu di beli.Dengan cara ini korang dapat mengatasi masalah terlebih berbelanja.Tambahan pula dengan adanya senarai barangan yang ingin dibeli dapat menyekat dan mengurangkan nafsu kita dari memberi barangan yang tidak perlu. Selain itu kita dapat melakukan perbandingan harga di beberapa buah pasaraya, walau ada perbezaan RM1 atau RM2 bagi setiap barang, ia sudah cukup untuk memberikan banyak penjimatan. Jika terdapat penjimatan lebihan wang kita tadi boleh di simpan.

MENABUNG

Simpanan seperti pelaburan emas mahupun hartanah sememangnya memberikan pulangan yang lumayan tetapi korang juga perlu ingat tak semua orang boleh membuat pelaburan sebegitu.Oleh itu cara paling mudah adalah menabung dengan skala kecil sama ada RM100, RM200 sebulan memadai bergantung pendapatan sesebuah keluarga. Amalan menabung sedikit sebanyak dapat membantu kita sekiranya berlaku sesuatu kecemasan di kemudian hari.



Ini la cara aku menabung selain simpanan di ASB, aku menabung  duit syiling...cukup RM200 tukar kat kedai makan kat food court..aku sendiri bawak bekal pi kerja...so agak jimat la...tak dinafikan semua ni perlukan semangat yang gigih..Aku plak bukan jenis yang boros..sesetengah kawan- kawan aku..dapat gaji je..belanja macam dah takde hari esok dah...tak boleh ye...zaman serba mahal sekarang..perlu ada simpanan untuk tujuan kecemasan...kadang- kadang kita tak jangka bila masalah atau musibah datang bertandang kan....

Apapun...bagaimana cara kita atasi peningkatan kos sara hidup semuanya bermula dari rumah...selagi takde kesedaran...selagi tu kita tak capai matlamat kita...semoga kita semua dipermudahkan segala urusan...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9170