Quantcast
Channel: SURIA AMANDA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9175

Faktor Dan Cara Elak Keracunan Makanan

$
0
0

KERACUNAN MAKANAN

Photo from google

Ramai di antara kita yang gemar makan di luar terutamanya ke tempat-tempat tumpuan ramai yang membuatkan kita sebenanrnya terdedah kepada keracunan makanan yang berpunca pengambilan makanan atau minuman yang telah tercemar.

Tanda-tanda keracunan makanan


• Rasa loya
• Cirit-birit
• Muntah-muntah
• Sakit perut
• Berpeluh/demam
• Sakit kepala
• Keletihan

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Simpan makanan yang disyaki menjadi punca keracunan tersebut untuk siasatan oleh pegawai berkuasa dan yang paling penting, pastikan tiada siapa yang makan makanan tersebut.

Keracunan makanan terjadi akibat beberapa faktor antaranya:


• Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama iaitu lebih daripada 4 jam.
• Makanan tidak dimasak dengan sempurna
• Daging dan ayam tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
• Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.

Cara elakkan keracunan makanan


• Membasuh tangan dengan teliti sebelum menyediakan makanan.
• Membasuh makanan dengan teliti sebelum disediakan.
• Mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak/mentah. Ini             kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding dengan makanan yang belum     dimasak.
• Pilih makanan yang telah diproses/dimasak untuk menjaga keselamatan.
• Masak makanan dengan sempurna terutamanya daging dan susu kerana kebanyakan makanan mentah   tercemar dengan pelbagai jenis kuman.
• Sekiranya makanan telah sejuk, panaskan semula.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9175