PENTINGNYA PENJAGAAN MATA, DARI MATA TURUN KE HATI
Aku mengaku aku ni adalah si rabun….masalah pada mereka yang rabun adalah mata cepat letih, bila kat tempat kerja selalu sakit mata walaupun mengunakan cermin mata..selalunya bila dah tau rabun tetap ada masalah malas nak pakai..dasar pemalas kan…bukan apa..ada yang berpendapat pakai cermin mata akan membuatkan rupa dan penampilan jadi tidak menarik…
Teknologi moden hari ini menemui banyak jalan penyelesaian untuk mengembalikan penglihatan individu rabun. Termasuklah rawatan surgery laser LASIK tetapi tidak semua mampu kerasa kos rawatan ini tinggi lebih RM3000 hingga RM7000.
3 Cara boleh kita praktikkan untuk kembalikan kesegaran mata dan penglihatan iaitu:
1 FAKTOR MAKANAN
Vitamin A,C,E dan Mineral seperti zink adalah nutrient asas untuk mata. Sayur berdaun hijau, kuning telur, lada benggala kuning,labu, ubi keledek dan lobak merah banyak mengandungi khasiat antioksida yang dapat mengelak mata terjejas disebabkan matahari.Bawang putih, bawang besar dan bawang merah mengandungi kandungan sulfur yang memelihara pembentukan katarak pada mata.
2 REHATKAN MATA
Dapatkan tidur yang cukup. Tidur membuatkan mata berehat, membaiki dan memulih secara semulajadi. Peruntukkan sekurang- kurangnya 8 jam. Untuk individu yang kerja menghadap komputer setiap hari, sila cari sekurang- kurangnya satu jam untuk alihkan pandangan mata ke tempat lain. Rehatkan penglihatan. Jika mata terlalu cepat penat, berasa perit dan tidak selesa, baring dan letakkan hirisan timun pada kelopak mata
3 LAKUKAN SENAMAN MATA
· Gosokkan tapak tangan untuk hasilkan haba panas
· Tekap tapak tangan pada kedua belah mata sambal mata ditutup selama lima saat. Ulang 3 kali
· Pusingkan bebola mata dengan mata pandang ke atas. Buat putaran perlahan sebanyak 10 kali ikut arah jam
· Pegang pen pada aras bahu di depan anda. Pandang pen dan perlahan- lahan dekatkan pen sehingga ke batang hidung. Ulang 10 kali
· Urut penjuru dahi. Gunakan tulang sambungan ibu jari, tekan lembut dan urut gerakan membulat 20 klai arah jam dan 20 kali kearah sebaliknya.
· Ulang urutan di kawasan atas kening, di bawah mata dan kedua- dua penjuru sisi hidung
· Bersandar, relaks dan pejam mata selama 3 minit
Jom korang cuba 3 tips tersebut untuk segarkan penglihatan kita…mata adalah asset berharga kan…sebab tu kesihatan mata sangat penting...
Sharing is caring.....
Sharing is caring.....