Hi korang..
Hari ni aku nak bercerita tentang Konflik di dalam persahabatan...jarang sekali aku nak up entry tentang masalah perhubungan sesama manusia..tapi apa yang perlu kita ambil tahu tentang krisis ini...situasi yang berlaku dalam diam dan terus memusuhi dalam tidak sedar...tahu-tahu sahabat kita telah menjauhi kita tanpa kita sedar...
Selalunya krisis berlaku selepas menamatkan zaman pembelajaran di mana masing-masing meneruskan kehidupan dengan bekerja, berkahwin dan berpindah randah. Bila berlakunya krisis ini memang kita akan berasa sedih. Sahabat kita tidak lagi berada di sebelah untuk berkongsi suka dan duka..pernah ke aku alami situasi begini? Ye..pernah..walau berhubung kembali di media sosial tetap ada jurang. Permulaan yang mesra kerana bertemu semula setelah sekian lama sikit demi sikit tenggelam kembali. Sorang- sorang menjauhkan diri.
Kenapa berlakunya krisis?
1. Berkahwin
Meneruskan kehidupan selepas berkahwin, tiada masa berjumpa kerana sibuk dengan kerjaya,anak dan suami.disebabkan ini berlaku krisis sebab tiada masa untuk berjumpa dan bermesra sebagai sahabat seperti zaman sebelum berkahwin
2. Cemburu
Cemburu dengan kehidupan, kerjaya serta kejayaan sahabat sendiri. Kehidupan beliau bahagia dan berjaya berbanding diri sendiri
3. Jarak jauh
Lokasi tempat tinggal berbeza dan perlu plan perjumpaan terlebih dahulu. Jarang berjumpa maka hubungan sampai disitu sahaja.Kekangan waktu menjadikan tiada masa untuk berjumpa
4. Stalker
Bertemu kembali bukan bermakna hubungan persahabatan terjalin mesra, ada yang add media sosial kawan2 semata2 ingin menjadi stalker,bila kehidupan salah seorang kawan lebih baik berbanding diri sendiri maka wujud perasaan atau fikiran negatif hingga mendorong ke arah membenci
5. Batu Api
Bertemu didalam media sosial walau dh berkurun lama tidak berjumpa tetap ada perasaan menjadi batu api sama seperti dizaman belajar dahulu. Orang sebegini perlu dijauhi. Tidak menjadi kawan pun takpe sebab tak rugi pun
6. Dendam Lama
Tanpa kita sedar kita sedikit berdendam ketika kita dizaman belajar hingga terbawa-bawa ke alam kedewasaan.
Diatas merupakan antara sebab - sebab yang aku nampak dalam berlakunya sesuatu krisis dalam persahabatan. Persahabatan sebenarnya membolehkan kita berinteraksi secara positif tanpa sebarang tekanan.Pada pandangan aku balas dendam bukan jalan keluar kepada permasalahan ini. Pada pandangan aku perkara atau dendam lama tidak berkaitan seeloknya bila bertemu semula,ambil peluang untuk duduk berbincang dan tamatkan krisis yang pernah berlaku. Kalau tiada penyelesaian dan sebaliknya...terpulang pada diri masing-masing..sedangkan nabi ampunkan umat..inikan pula kita hanya manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan..