Quantcast
Channel: SURIA AMANDA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9163

Nasi Goreng Ikan Sardin Ayam Brand Dalam Minyak Zaitun

$
0
0
Hi korang...

Sejak dapat sekotak barangan Ayam Brand bersempena dengan Sambutan Ulangtahun ke 125 Tahun, SA jadi pening nak masak dan pelbagaikan menu Sardin...semuanya menduga dan memberi cabaran buat SA untuk mencipta resepi.

Sebelum kebuntuan semakin melampau...jom la SA kongsi menu yang dah biasa orang buat tapi kali ni SA guna barangan yang dibekalkan iaitu Ikan Sardin Dalam Minyak Zaitun.Ikan sardin Ayam Brand sememangnya kaya dengan OMEGA 3.


Bahan- Bahan untuk membuat Nasi Goreng Ikan Sardin Dalam Minyak Zaitun.

  1. 1 pack Ikan Sardin Dalam Minyak Zaitun ( di hancurkan)
  2. 3 Ulas bawang putih
  3. 2 Ulas bawang merah
  4. Cili Thai 6 Biji
  5. Sayur kobis dihiris halus
  6. Semangkuk Nasi

Cara Masak
  1. Bahan 2-4 di tumbuk halus
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
  3. Tumis bahan yang ditumbuk sampai naik bau..
  4. Masukkan sedikit garam
  5. Masukkan sardin yang telah dihancurkan
  6. Masukkan sayur kobis
  7. Masukkan nasi dan gaul rata
  8. Gaul sampai semua bahan mesra
  9. Padam api dan sedia dihidang.
  10. Boleh taburkan bawang goreng kalau suka
  11. Boleh hiriskan telur dadar juga



Senangkan?

Selamat mencuba ye korang.....

" Canned food is not only the safest means of conserving food, it is regarded by scientists as the best means to protect most nutrients, especially those sensitive to air oxidation, like vitamins or Omega-3.
Ayam Brand™ guarantees NO preservatives, NO added MSG and NO GMOs in all its canned foods."

Info lanjut tentang  AYAM BRAND boleh layari :

Website : http://www.ayambrand.com.my/
Instagram : @ayambrandMY

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9163