Hi korang...
Jumaat lepas kan..SA berpeluang menghadirkan diri yang tak berapa nak sihat sebab kecederaan kaki ke Dewan Tuanku Abdul Rahman, MaTic untuk menyaksikan Showcase 2 jiwa satu Hati Aiman Tino bersama Sandra Mentor dan Suffian Suhaimi..Terima kasih yang tak terhingga buat Kak Rozana Hassan diatas jemputan. Ikutkan SA dh whatsaap bg tau maybe tak dapat datang. Tapi x sedap hati plak sebab kak Ana cakap kalau rasa dh ok jemput la datang bawak family.SA ni jenis kalau dh janji susah nak tolak kan..hati orang SA kena jaga nak plak sellau dapat job dari Kak Ana.Apapun..SA dtg dengan kaki yang berbalut dan jalan yang sangat tempang..hahaha..tau omak abah den anak bertuah diorang ni cedera confirm kena paksa balik..tp sebab banyak kerja blogging nak kena settle so duduk dendiam siapkan sudah...ni pun banyak pending lagi ni...showcase start 9pm dan SA hanya mampu bertahan sampai kemunculan Sandra je..lepas tu SA balik..
Poster/bunting event
SA di depan backdrop & banner event
Nampak x kaki berbalut
Masa ni blom start majlis..SA duduk di row Media..x nak duk depan nanti kena panggil naik.pentas
Mcee yang sama masa minggu setiausaha...lupa plak nama dia..
Suffian Suhaimi memulakan persembahan dengan lagu popularnya. 5 buah lagu dia dendangkan malam tersebut
Antara penonton yang hadir
Suffian dan penonton dari Brunei
Persembahan Suffian dan Sandra Mentor dengan lagu Love you Like A Love Song
So far semua terhibur dengan persembahan cuma SA x sempat nak tunggu sampai Aiman Tino keluar.Keadaan kesihatan x mengizinkan..kesian Dania SA x leh nak tunggu Aiman Tino..tp x pe sebab sebelum tu SA dh amik gambar Aiman Tino banyak masa event Minggu Setiausaha.As long as Dania happy kan...
Alaaaa.....rindu my Dania laaaa.....