Quantcast
Channel: SURIA AMANDA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9222

Kenali Blogger Ceritaita Yang Juga Doktor Veterinar

$
0
0
SA sambung lagi menulis tentang rakan blogger untuk hari ini, sebelum ni kita dah kenal blogger Azlinda Alin dan Mimi Azirah dan kali ini SA nak kenalkan korang dengan blogger yang bergelar Doktor Veterinar...Haaaaaa.....jangan tak tau...ada jugak golongan professional bergelar doktor tau...asalkan ada minat menulis dan menulis dari hati..

SA kenalkan korang dengan blogger ROZITA ABD RAHMAN dari blog CERITAITA...SA tak pernah lagi bersua muka dengan Ita...masa mula- mula kenal pun melalui aktiviti blogwalking dan follow memfollow. Lepas tu Ita join AFB plak...so kami menjadi semakin rapat. SA dulu selamba je panggil dia KAK ITA, Rupanya Ita muda dari SA...terbalik plak sekarang Ita panggil SA dengan panggilan Kak SA...hahahaha....entah bila la dapat bertemu bertentang mata.

Sentuh bab blogging SA memang kagum dengan Ita.Semangat dia kuat...walau macam mana sibuk pun Ita tetap komited sebagai seorang Doktor, Ibu, Anak dan blogger. Semangat kerja kuat Ita memang patut dicontohi.. sebab apa tau.....sebab walau sibuk Ita pun berjinak- jinak dalam dunia perniagaan...tak percaya? nanti korang check kat blog Ita eh.....




Sebagai seorang Doktor Veterinar kita tau la macam mana sibuknya Ita sebagai seorang doktor. Lebih kurang doktor biasa jugak...SA tengok walau pun busy dengan tugasan hakiki dan sering attending seminar la kesana kemari tapi Ita sangat komited. Tetap menulis blog sebab dah memang minat dia kan...Ita mempunyai followers dan readers tersendiri so tak hairan la jumlah pageview memang tinggi setiap bulan.

Korang kalau nak kenal dengan Ita...boleh terjah laman social media yang SA dah sertakan kat bawah tu ye....jangan risau Ita sangat membantu dalam apa pun permasalahan especially tentang dunia haiwan..jangan korang tanya masalah dalaman wanita plak kat dia...itu tak dapek SA nak tolong de...




Viewing all articles
Browse latest Browse all 9222