Quantcast
Channel: SURIA AMANDA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9164

Orang Hasad Dengki Sentiasa Dihambat Keresahan

$
0
0


Terbaca artikel tentang perangai majoriti manusia x kira siapa dan di mana2..senang cakap di sekeliling kita...perasaan ni wujud bila dia x senang duduk bila tengok kesenangan di nikmati orang lain sebaliknya seronok bila melihat orang lain mendapat susah...
Antaranya orang yang ada hasad dengki ni hidup dalam resah gelisah..apatah lagi bila lihat orang lain berjaya dalam kehidupan mereka dan terus maju..dan nyata hasad dengki ni adalah penyakit jiwa yg tak mampu diubati...cuba nak jadi seperti orang lain juga adalah penyakit mental..memang ada orang yang x mahu jadi diri sendiri..sebaliknya cuba menjadi orang lain sebab dambakan kesempurnaan...
Nak tau sebab apa perasaan ni muncul?
Ianya muncul akibat selalu membandingkan kejayaaan orang dengan diri sendiri dan paling menyedihkan bila perasaan ini datang sekali dengan pakej cubaan menjatuhkan maruah pihak lawan yang dianggap ancaman...
Justeru itu..marilah kita sama2 membersihkan diri dari penyakit hasad dengki ni..terlalu negatif sebenarnya..keutuha sesebuah organisasi boleh goyah andai penyakit ini berleluasa menyerang kita...hidup memang tak akan tenang..sampai bila2...

Entry ni tidak ditujukan kepada sesiapa sebaliknya perkongsian sihat yang wajib di kongsi bersama. .peringatan lebih kepada diri sendiri dan keluarga.. semoga kita dijauhkan dari perasaan negatif ini...

Sumber :Harian Metro ruangan Addin..

posted from Bloggeroid


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9164