Quantcast
Channel: SURIA AMANDA
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9802

Resepi Kuah Kacang Sedap...

$
0
0

Assalamualaikum...

Hai korang..

Selamat hari Isnin..selamat bekerja pada yang sedang bekerja...SA baru ni beli kuah kacang ready made...SA x pandai sangat buat kuah kacang...tapi ada la rasa nak cuba buat nanti..kuah kacang yang SA beli tu 1kg je..takut tak cukup plak nanti..Kuah kacang ni sebenarnya banyak version kan...Kuah kacang ialah hidangan sampingan yang dicicah atau dimakan bersama ketupat, nasi himpit, lontong basah, lontong kering dan sate. Makanan ini berasal daripada Malaysia dan juga makanan warisan Melayu Johor.

Kuah kacang yang sedap haruslah mempunyai rasa pedas, lemak, masin dan manis yang secukupnya. Bagi tekstur pula, kacang tanah dikisar kasar dan minyaknya pecah dan terapung elok di dalam kuah menandakan kuah dimasak dengan masa yang secukupnya dan bakal tahan lama jika disimpan. Kuah kacang ini boleh dihidangkan bersama satay dan sedap dimakan bersama nasi himpit atau juga bersama kuah lontong. Di hari Lebaran, kuah kacang menjadi pelengkap kepada nasi impit dan lemang. Kalau di sebelah utara, adalah sesuatu kebiasaan kuah kacang dihidang bersama cucur udang..

Sedapnya cucur udang cicah dengan kuah kacang..hidangkan untuk tetamu masa raya nanti pun elok kan...



Jom tengok resepi Kuah kacang

RESEPI KUAH KACANG SEDAP 😋👍  

Kuah kacang simple  

Blend  

3 btg serai  

2 inchi halia  

2 biji bawang merah(besar)  

Segenggam cili kering  


Tumis sampai pecah minyak  

Masukkan 2 sudu kecil asam jawa adabi tanpa biji tu.. (masukkan sikit2.. takut masam sangat nnt)  

Masukkan kacang goreng blend kering 2 cawan.. kalau x pekat.. tambah lagi..  

Masukkan gula melaka @ gula biasa dan garam ikut suka hati.. kuah kacang sedap kalau manis  

Pecah minyak sekali lg..  

Siapppppp  


Nasi impit rebus sebelum tido lagi senang.. kuah kacang buat awal x apa.. makin lama panas kan makin sedap .  


Ada suka masuk udang kering dan belacan.. terpulang..  

Kalau kuah pekat sangat masukkan air lagi..


selamat mencuba  


Sumber : Intan Baiduri


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9802

Latest Images

Trending Articles