Quantcast
Channel: SURIA AMANDA
Viewing all 9338 articles
Browse latest View live

Sehari Sebelum Majlis Pertunangan Acu...

$
0
0
Tak habis lagi aku citer tentang sekitar majlis bertunang Acu...sibuk dengan tugas..sibuk pi Jakarta...sorry sbb buat korang tertunggu2..nak ikutkan banyak lagi gambar ikut turutan dalam kamera..aku lom transfer...

Masa memang agak suntuk buat persiapan..nasib baik hantaran separuh dh siap...tinggal nak tacap2 je lagi...masing2 memang sibuk dari pagi bawak ke tengah malam...penat x usah cakap la..aku kejap2 keluar...benda tu x cukup..benda ni x cukup...semuanya ada je yang x ada..sib baik kedai dekat..dengan nak tacap hantaran lagi..

Meh la tgok masing2 bila dh penat...budak2 la best..xde buat kerja pun kan..budak2 jugak penyeri keadaan...


Dua sepupu ni dh boleh harap tolong picit kaki....Bersungguh Qhaira tu ha..


Sambil menunggu budak2 tu set up pelamin...


Aku tacap hantaran..tp asyik kena cukai je bila masing2 nampak choc


Iecha yang mati2 percaya Itu hantaran dia..sibuk nak kawen...


Pelamin dah siap atuk nak rehat depan pelamin..si  kembar berebut atuk..
Nak bergambar pun nak berebut


Tgok la tu Qhaira pun laju2 pi kat atuk....nak jugak rebut...


Dapat landing kat paha pun jadik...alahai...


Still x nak lepaskan atuk...


Ok atuk dah pangku...bahagi sama rata..paha atuk lebar...


Yeay Qhaira dapat...eh kakak Dania mana? Tentulah kakak amik gambar....

Malam tu semua tido lambat...
Aku dah siap buat sirih junjung..dah tacap semua hantaran..terus aku naik atas...mandi then tido..giler nyer penat...majlis aku nanti x tau la..
Ntah2 aku lagi penat kot..semua nak kena buat sendiri kan...
Tak mo fikir la....sakit otak fikir...January lambat lagi..tp persiapan kena dari sekarang
Walau majlis aku nanti just nikah dan bersanding je..tp sure macam2 nak kena ready kan....
Berdebar2 acik ha.....macam kan anak dara plak nak kahwen....


Sup Cendawan Busut...

$
0
0
Salam u olls...hey its Friday.....
Alhamdulillah dari awal Januari ari tu aku mmg idam2kan cendawan busut ni...eh..dari last year la...tiap kali balik Seremban mmg pi cari kat Pasar Malam ...tp mmg xde...sedih tau...tiba semalam..pi pasar malam Paya Jaras ngan #gula2hati...jumpa plak dan org tgh rebut2 beli...aku apa lagi...rezeki kan....turut sama la beli...dpt la 2 longgok RM10....

Malam tadi jugak aku buat sup...biasa kat Seremban mak masak lemak cili api...tp aku kat KL ni mana ada kelengkapan tu semua...mn yg senang je la....


Dapat pun yg dh kembang2


Ini dah siap bersihkan....


Dah siap sup cendawan...

Bahan2 tumis
1. Bawang putih 3 ulas 
2. Bawang merah  3 ulas
4. Ikan bilis
5. Serai sebatang
6. Halia seinci

Semua bahan diatas ditumbuk lumat...

Tumis sampai naik bau....

Masukkan air 

Biarkan mendidih

Masukkan cendawan

Perasakan garam...

Dah masak!!!

Dah boleh makan!!!

Semangkuk besar aku mkn sorang....balance aku panaskan pagi td..

Bawak pi opis...goreng ikan masin bulu ayam...

dapnyeer...

Puas hati apa yg diidamkan dah dapat.....


Me and #gula2hati. ....

$
0
0
Hampir 10 tahun kami ber kawan...ikutkan hubungan tu dah matang susah senang kami tetap bersama..gaduh..merajuk dah jadi macam asam garam dah..on and off...tp kami tetap memerlukan...orang cakap soulmate...insyaallah June nanti kami ikat tali pertunangan...January 2016 Raya Cina kami Nikah...ikutkan lama lagi..tp pejam celik pejam celik memang masa cepat je berlalu...tp aku bg laluan buat Acu dulu...Acu nikah 29hb August nanti...then dah settle dia nanti baru la aku plak....

Bukan senang nak mempertahankan sesebuah hubungan...perlu toleransi...masing2 ada pengalaman dalam hidup yang melibatkan kekecewaan...tp yang dah lepas tu biar la lepas..buat apa nak dikenang2 kan...aku pun x suka nak ungkit hal2 yang lepas...aku ngan ex husband nyer family pun xde masalah...kami ok je...but...#gula2hati memang bujang dan belum pernah berkahwin..dulu mula2 kenal aku macam segan nak teruskan hubungan sebab dia bujang..aku plak ada status kan..tp itu x jd masalah pada dia...dia ckp..Nabi pun nikah dengan ibu tunggal....apa yg jd masalah..biasa la perasaan segan tu tetap ada...tp lama2 aku dah ok..Dania pun mmg dah rapat dgn #gula2hati dari kecik...dia pun panggil papa...

Gangguan?

Tak kisah la sapa pun nak ganggu...dari masa silam #gula2hati atau aku sendiri...andai dah tertulis jodoh kami...tetap jodoh kami...moga allah permudahkan segalanya......



Semoga apa yg kami impikan tahun ni menjadi kenyataan...

Ya allah ya tuhanku...

Berikan kami kesempatan untuk menghampiri jalan kebahagiaan...

Sihat kan tubuh badan kami serta kedua ibu bapa kami agar kami dapat disatukan...

Aku mohon padamu ya allah....jauhkan kami dari anasir2 luar yang cuba meretakkan hubungan...

Kuatkan semangat dan hati kami menempuhi pelbagai dugaan

Sepertimana kami lalui sebelum ini...

Kalau benar ini jodoh kami...kau dekat dan rapatkan....

Amin....


**luahan ini tiada kena mengena dengan si hidup atau si mati...hanya luahan hati yang tiba2 sebak sendiri..Ini harapan aku...Ini impian aku....moga allah permudahkan...

8 fakta mengejutkan tentang mimpi

$
0
0

Gambar sekadar hiasan

Otak manusia bertanggungjawab dalam banyak proses kompleks yang berlaku dalam kehidupan kita, tetapi dari segi saintifik, ia tidak boleh mewujudkan imej orang yang kita tak pernah kenali. Jika anda bertemu orang asing dalam mimpi, ia bermakna anda pernah bertemunya di luar tetapi anda tidak mengingatinya.

Itu salah satu fakta pelik tentang mimpi. Jom tengok beberapa lagi fakta yang akan buat anda rasa kagum bagaimana minda dan badan anda bekerja ketika tidur!

1. Manusia biasa akan mengalami antara 1,460 dan 2,190 setahun.

2. Apabila bermimpi, badan anda akan menjadi "lumpuh" dan otot anda tidak bergerak. Mereka yang bergerak semasa bermimpi adalah orang-orang 'istimewa'yang memiliki REM (rapid eye movement) yang abnormal.

3. Mimpi berulang diterjemahkan pakar psikologi sebagai simbol atau petanda yang sedang dihantar oleh minda anda.

4. Mimpi wanita kebiasaannya lebih lama daripada lelaki.

5. Manusia selalunya akan mimpikan sesuatu yang buruk kerana kekerapan kita memikirkan perkara atau kemungkinan negatif.

6. Bayi hanya akan bermimpi tentang orang-orang dikenali. Hanya selepas berusia 3 atau 4 tahun, barulah si bayi 'memegang watak' dalam mimpinya.

7. Wanita lebih kerap mengalami mimpi ngeri berbanding lelaki.

8. Pernah bermimpi dan rasa tak pasti sama ada ia mimpi atau realiti? Jangan cubit diri sendiri, sebaliknya carilah bahan bacaan atau jam. Ini kerana dalam mimpi, anda tak boleh membaca dan tak pandai tengok jam.

SUMBER

Kelas Bahso Nismilan- Exam Percubaan...

$
0
0
Dah lamo SA x dtg mengajar...sibuk bona ghaso eh...throwback pembelajaran kito yang lopeh...SA bg soklan percubaan exam yo...

Soalan Percubaan

Subjek: Bahaso Nogoghi Tinggi
Koteh 2
Kod EP20130909IT

1- Apakah makna "montodaghah"?

( )Menderma darah
( ) Berlari dengan laju
( ) Makan dengan pelahab
( ) Mentera si dara

2- "Den dah kobaan tompi memasing bega". Dalam konteks apakah ayat ini boleh digunakan?

( ) Ayah yang menyuruh anak-anaknya mengulangkaji pelajar
( ) Seorang majikan memarahi pekerjanya
( ) Guru menasihati anak muridnya
( ) Jurulatih bolasepak memberi kata semangat kepada pemainnya

3- Apakah maksud paling tepat untuk "tolanjang"?

( ) Budak yang telanjang
( ) Seseorang yang di terajang
( ) Lelaki mata keranjang
( ) Meyuruh budak lelaki menelan sesuatu

4- "kecemeneh" bermaksud

( ) Penyakit kencing manis
( ) Buah nenas yang kecil
( ) Hal yang remeh temeh
( ) Kecederaan yang serius


6- "ekau kek sinun tu duk ontok-ontok". Ontok- ontok dalam ayat tersebut membawa maksud

( ) Baik-baik
( ) lawa-lawa
( ) hebat-hebat
( ) malu-malu

7- "kang kek ghumah uwan kek senanti tu kang ekau duk ontok-ontok yo". Apa makna ontok-ontok di dalam konteks ayat ini?

( ) hati-hati
( ) beradap
( ) berdoa
( ) diam

8- Apakah maksud bagi perkataan "koghopai"

( ) Bag
( ) Bakul
( ) Mangkuk
( ) Talam

9- Apakah maksud ayat ini; ""pok kek kau la jang"
( ) Saya sudah putus asa
( ) Bagikan kek itu kepada Ujang
( ) Terpulang pada anda
( ) Mereka bertepok menyokong ujang

10- "goliden" bermaksud

( ) Sejenis jenama cat
( ) saya berasa kelakar
( ) Ini guli saya
( ) sejenis pisau pemotong

11- Di bawah adalah nama tempat di Negeri Sembilan kecuali

( ) kolopirlah
( ) gomeh
( ) ghombau
( ) simpang ompek

12- "senia" bermaksud

( ) di sini
( ) senja
( ) senang hati
( ) hampir

13- Apakah maksud "celait"?

( ) Ubat pening
( ) Plug electrik
( ) lampu suluh
( ) celak

14- "dogheh la ekau ni". Apakah maksud dogheh dalam ayat tersebut

( ) cepat lah sedikit
( ) awak sangat cantik
( ) awak seorang yang.
( ) awak berjalan deras sangat

15- "Banyak kojo ni ha! Nak kupeh noneh mo ni ha. Kontang tu ha tak bokupeh laie". Apakah maksud yang paling tepat yang menerangkan situasi di dalam ayat ini?

( ) mencari rumah orang bernama bokupeh dan noneh
( ) Perbualan di pasar malam
( ) Perbincangan di dalam ladang kentang
( ) Perbualan di dapur sebuah majlis kenduri

16- Apakah maksud "tak koso den doh"

( ) Saya tidak berkuasa dalam hal itu
( ) Saya tidak mahu buat pekerjaan itu
( ) Saya mahu gosok perabut itu
( ) Dia bukan seorang yang hodoh

17- maksud "nonggok" ada lah

( ) ulat gonggok
( ) tunggul kayu
( ) buah memorial
( ) kayu cengal
( ) tiada satu pun di atas

18- makna "bolun" adalah

( ) belon
( ) balun
( ) bilik
( ) belum

19- "jom poie bogholek". Apa kah maksud bogholek dalam ayat ini?

( ) kenduri kahwin
( ) bergolek
( ) majlis makan malam (dinner)
( ) bermain

20 - "jobo lah ekau ni". Apakah maksud perasaan jobo

( ) tinggi
( ) kacak
( ) hebat
( ) perasan

21. "tak senegheh" bermaksud

( ) tidak senonoh
( ) tidak betul
( ) tidak cantik
( ) tidak mahal

22. Apakah maksud perkataan "ghoman"

( ) romen
( ) romantik
( ) rupa
( ) taman

23. "Den nak poie memburan jap". Maksud ayat

( ) dia mahu ke kelas
( ) dia mahu ke kedai
( ) dia mahu solat sekejap
( ) dia mahu ke tandas

24. Apakah maksud perkataan "ghemah"

( ) nasi yang bertaburan di luar pinggan
( ) khemah yang dipasang di majlis perkahwinan
( ) air yang tumpah di sekeliling teko
( ) bekas lebihan minyak masak

25. "Mongolintin"
Cuba isi di tempat yg betul

( ) Saya........kesejukkan bila terjatuh dlm kubang kerbau.
( ) Saya.........kebingungan bila ditipu dek oghang kampung.
( ) Saya........kepanasan bila dijemur tengah panas selama 2 jam.
( ) Saya........kesedihan bila kucing jantan saya mati.

 26. "Moncolinap poi e"
Apakah pengertian moncolinap di sini

( ) Teramat lambat
( ) Teramat lembab
( ) Teramat laju
( ) Teramat kaku


Jangan banyak bunyik yo...x masuk kelas takdo makno SA lupo student SA...

Ni jawab soklan tu...ado 26 soklan yo....

Sorang yang boto semuo eh....dapek Notebook....bukan laptop doh....

Buku Nota....

Jawab kek ruangan komen...bemakno ado 26 jwpn... ado ompek jwpn popandai la ekau lotak ABCD...

Contoh : No 1 : A

Tarikh tutup : Rabu 11 Mac...

Review Product Citra Mulia

$
0
0
Wanita dan produk kecantikkan memang tak boleh dipisahkan ..selain mekap, produk penjagaan diri juga sangat penting...begitu jugak aku...dulu aku memang mempunyai masalah kulit muka berminyak...sekarang tidak lagi...dah jumpa solution nya.....untuk korang yang masih tercari2 produk penjagaan muka...boleh lah mencuba Produk Citra Mulia...sekali korang dah cuba...confirm akan jatuh cinta...

Tadaaaa!!!! ini barang2 yang aku dapat untuk review kali ini....alhamdulillah terima kasih tak terhingga buat Citra Mulia di atas kepercayaan yang diberikan untuk aku mencuba dan review produk mereka...

Jom kita berkenalan dengan satu persatu product mereka....


THE FACE SUPREME WHITENING DAY & NIGHT GEL SERUM


The Face Gel Serums

The Face Gel Serums ada 2 jenis iaitu The Face Supreme Whitening Day Gel Serum dan The Face Supreme Whitening Night Gel Serum . Serum untuk menjadikan kulit cerah dan bersih . Ia sebagai anti penuaan, menghilangkan kerut di wajah, melembapkan , melicinkan dan memutihkan kulit. Dengan formula khusus yang cepat menghilangkan melasma, flek-flek hitam dan memutihkan kulit wajah. Kaya dengan kandungan B5 untuk mengaktifkan  sel -sel kulit yang baru juga berfungsi sebagai antioksidant untuk mencegah radika bebas yang merosakkan kulit.Mencegah sel pigmen sehingga kulit lebih cerah dengan tambahan pelembap aktif yg dapat menjana semula kulit agar terhindar dari keriput atau penuaan....



Fungsi Gel Serums :
  • Mengurangkan bekas-bekas jerawat
  • Memutihkan kulit wajah
  • Menghilangkan flek hitam
  • Mencerahkan warna kulit
  • Meratakan warna kulit
  • Mengecilkan liang wajah
  • Menghaluskan dan mengenyalkan kulit

Cara Penggunaan:
  • Bersihkan muka anda.
  • Sapukan sedikit serum dan leburkan dalam tapak anda
  • Menyampaikan lapisan nipis serum cair di bahagian muka anda dan tekan, urut sehingga diserap sepenuhnya.
  • Gunakan setiap hari waktu pagi dan malam, dan akan mendapat kesannya selapas penggunaan 7 hari.

DR HERBAL WHITENING  AB CREAM A & B


Perawatan kulit wajah yang 100% dibuat dari bahan herbal sesuai untuk semua kulit wajah, Diformulakan khusus untuk membaiki struktur kulit dan lapisan sel-sel kulit yang rosak. Mengandungi kolagen untuk membantu anda merawat dan melembapkan kulit wajah. Dr Herbal dapat meremajakan semula wajah serta mencerahkan.

Kebaikan Dr Herbal's
  • Mencerahkan dan memutihkan wajah.
  • Wajah kusam, gelap dan kekuningan kembali menjadi putih bersinar.
  • Menghilangkan flek-flek, jerawat dan noda hitam
  • Menghilangkan tompok yang disebabkan oleh sinaran uv
  • Menjaga keanjalan kulit wajah
  • Mengatasi liang besar dan bekas jerawat sehingga wajah kembali menjadi mulus dan halus
  • Menghilangkan kedutan pada wajah.
  • Menghaluskan dan memberi kelembapan semula jadi bagi wajah.
Cara penggunaan:
  • Bersihkan wajah terlebih dahulu
  • Sapukan THE FACE GEL SERUM.
  • Ambil Krim secukupnya
  • Sapukan krim A untuk pagi dan krim  B untuk malam. 



Dr Herbal dan The Face Serum


Milano Ashley Lotion  - Green Tea & Milano Ashley Lotion - Rose Tea 

Ekstrak Rose Tea mempunyai ciri-ciri emolien yang sangat baik untuk melembapkan kulit kering, ia juga menawarkan ciri-ciri antiseptik dan astringen untuk merawat kulit jerawat, serta ciri-ciri anti-radang yang membantu merawat kemerahan dan keradangan.Ekstrak Rose Tea juga boleh membantu memperbaiki tekstur kulit, mengawal penyakit kulit seperti psoriasis dan dermatitis atopik.Ekstrak Green Tea berasal dari daun Camellia sinus.Ekstrak Green Tea secara semula jadi yang kaya dengan antioksidan, yang mempunyai fungsi sel-melindungi juga. Ia adalah kesan yang kuat antioksidan yang melindungi kulit daripada kesan kerosakan akibat radikal bebas.Ekstrak Green Tea juga mengandungi methylxanthines yang merangsang peredaran mikro kulit dan oleh itu secara positif mempengaruhi nada dan kesihatan kulit.Ekstrak Green Tea sebenarnya boleh mengurangkan kedutan dan juga membuat anda kelihatan lebih muda.


Kebaikkan Green Tea  & Rose Tea untuk Kulit

  • Memastikan kulit anda kekal lembap sepanjang hari.
  • Menjadikan kulit anda berseri secara semulajadi.
  • Mengandungi banyak protein, mineral, dan vitamin yang menjadikan kulit anda berseri.


Wajah aku selepas seminggu penggunaan The Face Serum...abaikan jerawat atas dahi tu...memang degil jerawat tu..hehehe...x pakai mekap pun ok dah sekarang..x perlu nak malu2 lagi...
ahaks...


Informasi seterusnya korang boleh layari laman sesawang 



Selamat Mencuba!!!

Mee Rebus Paya Jaras

$
0
0

Sedap giler mee rebus ni...baru je try beli ..selalu lalu je tepi gerai brader ni kalau pi Pasar Malam Paya Jaras....next week nak cuba rojak mee dia plak..
#gula2hati beli ayam goreng uncle bob..aku kureng skit sbb dia buang kulit segala...if ada kulit baru best..hahaha..nak ternak lemak lg la tu....
Sapa yg duk area2 Paya Jaras tu tau la pasar malam tu...
Heaven dgn makanan..sume sedap2...buah2 pun segar2...

Penyebab Bilik Air 'Wangi'....

$
0
0
Hi korang.....
Last week aku balik kampung kejap...pi tgok baby baru lahir...anak kazen aku...
Kalau balik kampung Abah memang x reti duduk diam..tengahari mencanak matahari kat kepala pun dia pi kat kebun belakang rumah...kang demam semua susah kan....
Tau2 dia bawak jering ni seplastik besar...erk..sempat lagi abah ni....masalahnya dia bkn mkn pun....

Ada kat sini yg suka makan jering?aku mmg la x makan...apa2 ulam pun Petai ke...Kerdas ke...x makan de...x suka bau dia...kalau ulam2 daun x pe....upah aku 200 pun aku x mkn..bukan cakap besar ..mmg x leh la makan...sambal udang letak petai pun aku x makan petainya....


Jering sebelum dibuang kulitnya


Ini isinya...ini abah aku cakap dh tua...if muda kaler dia x macam ni...


Orang tua2 suka la makan ulam2 macam ni..sebab tu diorang sihat sentiasa...
Amalkan makan ulam..orang zaman sekarang je yang payah makan menda2 mcm ni...
Pas tu komplen kulit x cantik la...x sihat la...
No wonder org zaman dulu2 hidup lama dan awet muda kan....org sekarang sibuk makan supplement je....ahaks...

Satu x leh tahan bab ulam2 ni...bila masuk bilik air bau kekal 'mewangi'...
Silap hari bulan boleh pengsan...aku dh pesan siap2..sapa makanulam sila jirus toilet lebih2 skit..make sure flush betul2...kalau x kang..ramai yang pengsan...

Sapa makan ulam? Baik ngaku cepat....


Red Mummy Model Iklan...

$
0
0
2-3 hari ni perut aku meragam..tak sedap perut sebab sebu pas tu xde selera makan...sakitkepala dari Jumaat bawak ke Ahad..tp aku buat x tau je malas nak fikir pasal sakit..aku layan anak dara aku ngan Qhaira lagi bagus...dah la bukan selalu aku ngabiskan masa ngan Qhaira...

Petang semalam aku yg x sedap tekak ni terasa nak makan tom yam so pergi la Family store nak cari bahan basah utk merealisasikan impian aku tuh...tgh jalan2 dalam supermarket tu terus ternampak banyak gambar2 Red Mummy...wah...dh jd model iklan dah Kak Red....untungnya dia....


Kat tempat lain pun ada gak....cuma aku x selfie je...

Hasil tomyam campur aku....


Sedap skit tekak hirup tomyam....

Cuma selera nak makan tu kureng...x tau kenapa...perut pun sebu je....
Ari ni timbang berat badan maintain 48kg....

Ni nak demam la ni....sure punya....


Welcome To The World Baby Iman...

$
0
0
Kelahiran yang ditunggu2 buat keluarga Mak Lang kat kampung...3 tahun penantian akhirnya  menjadi kenyataan apabila 22hb lepas lahirnya baby Noor Surfina Iman....aku panggil baby Iman je...senang nak ingat.....makin meriah la tahun ni kan...raya ada baby baru....


Sebijik ghupe mama dia...


Elok je x nangis...tido je kejanya pun...

Siang tido...

Malam berjaga...

Adat la tu baby baru lahir...nak sesuaikan diri kan....sebelum ni dlm perut je....

Suka bau baby baru lahir....wangi.....

Misi Pencarian PC Dania

$
0
0
Dah lama diidam2kan Dania...PC sendiri...printer sendiri...sekarang dah x payah nak pi Cyber cafe kalau ada keja2 sekolah nak buat..nak print la...apa la...cuma hujung bulan nanti baru masuk internet...ingat nak pasang UNIFI je senang..sekali ngan hypp tv...pas tu terminate Astro...x de la sakit jiwa tgok citer ulang2 ...


Kaler hitam sememangnya menawan...


Printer sekali ngan scanner


Meja komputer pun beli...cantik plak matching ngan pc...

Puas la hati dia...
Total damage pc dan printer RM1600..
Total damage meja pc RM299...

Untuk PC boleh la mama claim income tax next year.. claim utk komputer 3 tahun sekali ye..tahun ni so far xde banyak nak claim...tgh terkial2 lagi ni...dateline bila eh...satu apa pun x buat lagi ni...


Happy Birthday My Soulmate, My #gula2hati. .....

$
0
0

11 March 2015...
Happy Birthday My Soulmate #gula2hati...bertambah lagi satu tangga usia...
Semoga sentiasa dilimpahi rezeki...diberikan kebahagiaan berpanjangan...semoga impian kita menjadi kenyataan...
Selamat Ulangtahun Kelahiran...
I Love You From The Bottom Of My Heart....

Tips Menangani Serangan Jantung.....

$
0
0
BAGAIMANA NAK MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN:-

1. Katakanlah kita bertolak blk kerumah pd jam 7:25 mlm bersaorangan setelah seharian bekerja mencari rezeki.

2. Pada ketika itu anda berasa amat letih, gundah gulana dan kecewa.

3. Tiba2 anda merasa sakit yg amat sgt di dada membawa ke tangan dan rahang anda. Perjalanan terdekat kerumah sakit lebih kurang 5km dari rumah anda.

4. Malangnya anda tidak yakin mampu bertahan sejauh itu.

5. Anda telah dilatih ilmu CPR tetapi tidak dilatih utk kegunaan keatas diri anda.

6. CARA MENYELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN.
Memandangkan kebanyakan mereka yg menerima serangan jantung tanpa menerima sebarang bantuan dan mula nk pengsan mempunyai hanya 10 saat sebelum pengsan.

7. Walaubagaimanapun mangsa boleh membantu diri dgn batuk sekuat mungkin. Setiap kali batuk hendaklah diselangselikan dgn menarik nafas panjang. Batuk tersebut hendaklah mendalam dan berpanjangan sehingga terasa di dada

Bernafas panjang dan dalam dan batuk hendaklah diulang setiap 2 saat sehingga bantuan tiba atau sehingga terasa dpt bernafas spt sediakala.

Bernafas panjang akan membantu memasukka oksijen kedlm jantung dan batuk mendalam membantu mengpam jantung dan memylihkan perjalanan darah. Ia juga membantu mengembalikan degupan jantung spt sediakala. Ini membolehkan mangsa tiba ke hospital.

9. Sebarkan seluas2nya tips ini. Insya Allah ia akan dpt membantu menyelamatkan nyawa.

10. Pakar jantung menyarankan setiap orang yang menerima tips ini , hantarkanlah kpd sekurang2nya 10 orang, saya akan akan dpt menyelamatkan sekurang2nya 1 nyawa.

11. Daripada menghantar bahan yg xberfaedah adalah lebih baik menghantar tips yg akan dpf menyelamatkan nyawa ini...

12. Sekiranya tipsini sampai semula kpd kita....lebih dari sekali...jangan marah....sbb anda mempunyai ramai kwn yg perihatin dan sentiasa mengingatkan sesama kita bagaimana nak mengatasi SERANGAN JANTUNG

Dari:
Dr. N Siva
(Senior Cardiologist)

WW : Jaga Emak Sebab Harta? Nauzubillah....

$
0
0

Sebak plak hati aku baca artikel ni tadi...
Ya allah...jauhkanlah kita semua dari sifat2 seperti itu...semoga kita semua menjadi anak yang baik dan menjaga orang tua kita semua sama seperti mereka menjaga kita dari kecil hingga kita dewasa...

Berita Selanjutnya di MEGA UTUSAN MALAYSIA...

Trip to Jakarta With KLM Part 1

$
0
0
Kesibukkan dengan kerjaya membataskan aktiviti blogging aku...janji ngan korang semua nak hidangkan citer2 di sebalik percutian singkat aku last month 26- 28 February 2015 asyik tergendala...gambar pun sebenarnya x sempat nak copy dari SD card camera..ini aku up dulu la teaser Jakarta permulaan perjalanan yang penuh dugaan...trip sendiri kononnya percubaan backpack dengan rakan...maaf aku x dibenarkan kongsi dengan siapa aku pergi Jakarta..so...aku menurut perintah memang takde la wajah rakan2 yang turut bersama bercuti...harap korang x kisah..so anggaplah aku snediri yang backpackers...so pada yang x reti dan x faham citer sebenar tu....maaf...x semua boleh aku kongsi di blog...nak kongsi jugak? pay me first ok? ( boleh x demand macam retis kat sini)...

Well perjalanan yang penuh dugaan...flight sepatutnya seawal 2.30pm tp delay atas sebab2 tertentu...aku plak pukul 12.30 masih kat opis masih sibuk dengan kerja2 adhoc...stress yang amat...tepat pukul 1.00 tengahari aku berjaya melarikan diri dan mennyelinap masuk ERL...nasib baik tiket dah beli awal dan nasib baik dah siap2 check in...sampai2 je di KLIA terus naik train ke C3...baru la rasa lega sebab  flight delay...lambat la sampai ni...


First time naik KLM Boeing 777...gedabak besar...teringat MH370...sedih...


Ruangan menunggu...ramai nak pi Jakarta rupanya..FA sedang bersiap sedia...semua berpakaian serba biru sinonim dengan warna KLM...tp sayang semuanya dah berumur..hehehehe.....


Kami bakal berlepas pukul 17:05 pm....perjalanan ambil masa 1 jam 40 Minit...rasa macam cepat je...


Besar kan?


duduk di Economy class yang sangat2 selesa...x macam naik AA ( maaf xde tujuan nak compare) ruang kaki sangat2 luas...pssttt...makanan dihidangkan adalah muslim meal yang sangat2 sedap....KLM aku pasti pilih...


Duduk di row bahagian belakang sayap....babai KL...pilih duduk tepi tingkap sebab aku suka tgok pemandangan...suka tgok awan...

Untuk entry ni...cukup aku dahulukan permulaan perjalanan....
Aku tinggalkan segala stress dan pilu di hati kerana kurangnya rehat...pedih dihati melayan semua bab2 kerja...semoga pemergian aku ke Jakarta dapat mengubat hati yang lara....HP x buat roaming...aku lupa yang aku ada keluarga...tp semua dah maklum pemergian aku...rindu pada anak aku bawa bersama sementara...diorang pun ke Penang...so xde la terasa...

Adik bongsu buat lawak..." tolong mengucap naik flight"
Mula2 aku marah...tp ada benarnya...malang x selalunya berbau...aku pohon ke hadrat allah agar perjalanan aku di mudahkan...andai ada sesuatu berlaku mungkin itu rencana allah...dan ketentuan yang telah ditakdirkan...

Sebaik pesawat memulakan perjalanan...aku mengucap dan menikmati perjalanan yang indah....
aku kongsikan nanti di entry yang seterusnya...harap sabar menanti korang semua...tugas aku masih mencabar di IPP Company ni....semuanya adhoc belaka....doakan aku tabah menghadapi dugaan kerjaya...kali ini memang sangat2 mencabar tetapi ikhlas aku katakan...aku suka...sebab aku belajar perkara yang baru....tekanan demi tekanan itu adalah biasa...selalunya berakhir dengan kemanisan....
Insyaallah.....

"Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015"

$
0
0



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada  jam 12.30 tengah hari 22 Februari 2015 sehingga 12.30 tengah malam 15 Mac 2015. Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. 

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
DiariJejakaHangat |  Suhailah | Syafiqah | Fadzi | Wanrus | Solehah | Nazirah | Fara | Zuhaira | Isra | Kathy | Rbain
2. Wajib Like Fanpage Sponsor

 3. Wajib Follow Instagram Sponsor
DiariJejakaHangat | Suhailah | Wanrus
4. Tambah Google Plus Sponsor
+Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015
6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
 Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :


Kredit utk Mialiana

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
20 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mac 2015.
 Good Luck!!

Pemberitahuan

$
0
0
Hadiah untuk top blogger February aku dh pos kan untuk 5 blogger berikut

1. Sally Yatiey
2. Azhafizah
3.Mama3 Farhanah
4.Bbwana
5. Suhailah

No 1-3 aku pos guna pos laju..sila inform bila hadiah dh sampai dan macam biasa kena buat simple entry...yang 2 lagi tu aku guna pos biasa...tolong inform kalau hafiah dah sampai jugak ye...cuma Azhafizah je aku baru pos hari ni....

Lagi 5 orang aku cuba poskan secepat yang mungkin...tunggu ye....sebab aku bz giler sekarang ni...aku dah pos kan nanti aku inform ye....

Thanks..

Suriaamanda

Special Birthday Treats For #gula2hati. ...

$
0
0
Semalam....balik kerja awal..awal pun xde la awal sangat sebab keluar pun pukul 6.30pm..balik rumah dulu dan terus siap2 untuk dinner dengan #gula2hati..special dinner kat special place...no hotel2 but restoran yang agak cozy.. D' Thai Simply Siam kat Ara Damansara..tepat kul 9 mlm dh sampai kat sini...mmg cozy je..org pun x ramai sgt even ada Bar and Lounge kat area tu...xde la bising ngan music ke apa...

Jom ikut aku tgok gambar2 yang sempat aku snap malam tadi...takde la banyak sgt dan xde la x banyak....eh...mcm mn tu??? Ngada kan...


Suasana kat Oasis Square...


Itu pandangan restaurant tu...senang korang nak cari nanti


Gambar sudu ngan tisu wajib amik


Decoration kat dlm tu...guna barangan lama....


Termasuk pinggan mangkuk tu...seni kan...


Welcoming drink..air serai wangi ngan air halia dlm cawan kurus tinggi tu...x tau la apa rasa dia


Air laici aku punya


#gula2hati minum coke light....


Appetizer  Deep Fried Spring Roll...sedap dengan  Crispy prawn dan sauce yang awesome tu...


Zoom dekat2 skit bagi terliur...haha..siyesly sodap..


Stir Fried Beef With Hot Pan...pun sedap x terkata...daging lembut...


Tom yum mixed Seafood....purely  Siam..Ini mmg superb...


Stir Fried Soft Shell Crab with Curry...mak aiii....ini yg paling best pernah aku makan....


Total damage RM170...dah la ada tax..ada service charge jgk..damn....


Birthday boy yg happy...


Orang bertanggungjawab belanja makan...

#gula2hati nyer bday dah tentu aku yg banje makan..

Hadiah x sempat cari lagi sbb bz sgt2...hadiah kemudian la..

Tapi bday aku mesti nak hadiah...hahahaha....

Xde la...gurau je....






Review Kiss Proof Soft Lipstik

$
0
0
Sekarang ni dah macam2 ada barang kosmetik kan....aku plak baru je beli 4 batang lipstick ni dari online shopping kat FB....tgok kat gambar2 yang diorang duk post tu macam cantik je....macam nak cuba je....nak cuba tapi ketamakkan haloba di situ beli sampai 4 sekali harung....masalahnya pakai nya ntah bila....pi opis pun kadang2 pakai...kadang2 tak...dah biasa ngan kaler nude pi opis...tetiba nak  pakai kaler terang x ke macam apa ntah....hahaha...gatal kan...memang la murah RM10 jer satu...free postage plak kan.....kaler dia cantik aku tgok...bila dapat nak cuba macam malu plak...dasar kan




Dah biasa pakai kaler yang x terang...bila pakai yang terang muka dah jadi lain...takut plak aku bila amik gambar...hahahaha....giler kan....lipstik ni best...sebab senang guna...ko calit je x yah tacap 2-3kali..sekali pakai je...pas tu kalau hilang skit ko sapu jer ngan lip balm..so xde la terang sangat...senang kan macam tu...ahaks...aku memang kalau mekap sekali je...xde nak tacap2 de...ni since dah guna serum tu so aku xde la nak mekap sgt pun...duk dalam opis ekon kan...x selesa if mekap tebal2...better natural look je...rasanya ini je la lipstik paling murah aku guna...amboiiii....ayat xde kesian kan...aku dah stop guna lipstick mahal2 ni...dulu rajin beli M.A.C..tp sekarang dah pandai dan berhemah bila berbelanja..pakai ikut kemampuan dan kesesuaian...so..xde la rasa macam duit tu mengalir jer kan...dah ada penasihat ni padan muka aku....nasib la dapat bakal laki Accountant..semua setiap sen memang di kira....xde nak sesuka hati ko nak shopping......sebab tu aku cakap...kalau aku kat KL aku memang berjimat cermat...gaji sebulan pun x abih...melainkan kat Seremban...aku akan boros...hahahahaha....habis tu x kan x balik Seremban plak kan....

Misi Pencarian Meja Komputer Dania

$
0
0
Laaa x abis lagi rupanya kisah Dania nyer komputer ni..so komputer dah ada dh tentu nak ada meja jugak...lepas dah beli komputer pi plak cari meja...cari satu kedai je dah jumpa sebab dh berkenan pas tu lepak kejap pekena ekon sambil2 browsing tgok apa yg menarik...wah...cantik2 sofa..almari hiasan segala la...mmg cantik sangat2..geram je hati tgok...aku geram kat sofa2 tu...rassa macam nak jual je sofa lama yang 2 set kat umah tu...hahaha....macam banyak duit sgt plak...

Si qhaira plak bukan main suka bila nampak teddy bear besar..setiap satu sofa diorang letak teddy bear...geram je si kecik tu tgok..di gumpal2nya teddy bear tu..nasib baik la cina kedai tu x kisah....jom tgok kelakuan Qhaira...


Kan..aku dah cakap..dia geram...di gumpal2nya..kalau kucing sure dh mati Digumpalnya..


X lekang tuh..sampai terpaksa leraikan...


Masa ni atuk amik gambar...comel sgt plak dua2nya...


Amboi2 sampai x nak balik...


Suh pandang kamera pun susah...


Ni paling comel la yang berja
berjaya  aku snap....

Lepas dah bg deposit dan dah arrange pick up kedai tu sendiri untuk hantar petang tu jugak terus masing2 cakap nak makan ...lapar...ermmmm singgah plak kat area mamak AlZain dekat dengan rumah....masing2 order mee goreng mamak..mak je makan roti canai..suka tgok mak ada selera makan...sesekali je mak ye....x boleh selalu....


Dania makan bihun..semestinya bihun yang dia suka....


Cantik x kopiah atuk? Aku sempat beli masa kat Jakarta


Mee goreng mamak yang sedap tp pedas...nampak cili akar yang dipotong2 tu?

Teruk aku ni kan...berzaman nyer citer baru nak up...
Masa aku draft entry ni pun aku dalam komuter nak balik umah...aktiviti blogging tetap diteruskan..ikutkan mmg sibuk..tp bila minat yang dah dipupuk lama dah sebati...mmg x sah kalau xde entry kan...penat weh....sebulan je lagi penderitaan aku ni..harap2 keadaan kembali tenang bila rakan yang cuti bersalin tu dah masuk semula...13hb April...lamanyaaaaa la lagi....cepat la masa berjalan...aku dah x terdaya dah rasanya....
Viewing all 9338 articles
Browse latest View live