↧
Helmet Viral Di FB
↧
ANTARA SOALAN² SENGAL YANG KADANG² BUAT ORANG BENGANG
Orang Yang Bagi Soalan Ni Memang Dah Lama Tak Kena Pukul
(1) BILA ORANG NAMPAK KAU BARING TUTUP MATA:
S : Kau tidur ke?
J : Tak lah , aku tengah training macam mane nak mati nanti.
(2) KAU BAWAK TV YANG ROSAK JUMPA TECHNICIAN UNTUK DIREPAIR:
S : Ye? Nak repair tv ke?
J : Tak lah , aku bosan! Saje laa aku bawak tv ni jalan².
(3) TIME KAU BARU BANGUN TIDO:
S : Kau dah bangun?
J : Ish tak laa , aku tengah tido sambil jalan laa.
(4) KAWAN KAU CALL PHONE UMAH KAU:
S : Weyh mane kau sekarang?
J : Sini , kat bus stop!
(5) ORANG NAMPAK KAU KUAR DARI BILIK MANDI BASAH² SAMBIL PAKAI TOWEL:
S : Kau baru mandi ke?
J : Mana ade, aku jatuh dalam lubang jamban tadi!
(6) PUKUL 7 MALAM , KAU BUKAK PINTU UMAH , BARU BALIK DARI KEJE:
S : Hai , baru balik keje ke?
J : Tak lahh , baru nak pegi nih!
(7) KAU KAT DALAM TOILET, PINTU BERKUNCI, ADA ORANG KETUK PINTU:
S : Ada orang tak?
J : *suara kiut* Mane ade orang. Taik yang tengah bercakap #Ha ha hahaha
Korang pernah kan experience soalan-soalan yang bikin panas macam ni...ada contoh lain tak?
Jom share jom...
(1) BILA ORANG NAMPAK KAU BARING TUTUP MATA:
S : Kau tidur ke?
J : Tak lah , aku tengah training macam mane nak mati nanti.
(2) KAU BAWAK TV YANG ROSAK JUMPA TECHNICIAN UNTUK DIREPAIR:
S : Ye? Nak repair tv ke?
J : Tak lah , aku bosan! Saje laa aku bawak tv ni jalan².
(3) TIME KAU BARU BANGUN TIDO:
S : Kau dah bangun?
J : Ish tak laa , aku tengah tido sambil jalan laa.
(4) KAWAN KAU CALL PHONE UMAH KAU:
S : Weyh mane kau sekarang?
J : Sini , kat bus stop!
(5) ORANG NAMPAK KAU KUAR DARI BILIK MANDI BASAH² SAMBIL PAKAI TOWEL:
S : Kau baru mandi ke?
J : Mana ade, aku jatuh dalam lubang jamban tadi!
(6) PUKUL 7 MALAM , KAU BUKAK PINTU UMAH , BARU BALIK DARI KEJE:
S : Hai , baru balik keje ke?
J : Tak lahh , baru nak pegi nih!
(7) KAU KAT DALAM TOILET, PINTU BERKUNCI, ADA ORANG KETUK PINTU:
S : Ada orang tak?
J : *suara kiut* Mane ade orang. Taik yang tengah bercakap #Ha ha hahaha
Korang pernah kan experience soalan-soalan yang bikin panas macam ni...ada contoh lain tak?
Jom share jom...
↧
↧
Resepi Black Pepper Lamb Suriaamanda
Menu Black Pepper Lamb Bekalan Ke Office
Hi korang...saje nak tayang menu bekal aku hari ni...semalam tak bawak bekal sebab tak sempat masak...aku kena gastritis..sakit perut melampau...well hari ni last keja...pas ni weekend so walau hari ni rehat panjang aku adalah sangat pemalas nak keluar...aku nak hadap blog ni kejap..weekend tak sure lagi leh hadap ke tak...kalau ada pun blogwalking jer la...
Kenapa lamb? Aku adalah pencinta kambing...tapi ada darah tinggi? sapa cakap kambing punca darah tinggi? cer korang check ngan doktor..sure korng dapat jawapan...
Meh tinjau resepi aku...campak-campak ikut gerak hati aku je...
Bawang besar sebiji hiris bulat, halia, bawang putih dab bawang kecik ditumbuk halus...cili besar di hiris
Kacang buncis untuk hiasan atau gandingan dia..
Daging kambing yang dah di gaulkan dengan sos tiram..perap lama sikit..
Hasilnyaaa......tadaaaaaaaa....sangat2 lembut daging dia dan juicy
nak aku close up bagi korang terliur skit...
Cara-cara masak
- tumis bahan yang ditumbuk sampai naik bau
- masukkan daging kambing, gaul sebati dn biarkan daging empuk
- masukkan black pepper dan kicap pedas
- masukkan sedikit kicap masin
- masukkan bawang besar dan cili yang dah dihiris
- masukkan kacan buncis
- biarkan seketika
- tak perlu letak garam lagi sebab dah ada masin dari kicap dan sos tiram
dah siap...senang kan?
weekend ni kalu korang tak tau nak masak apa boleh la cuba resepi aku ni...makan panas-panas sure bertambah nasi...ok hari ni aku cheating makan nasi skit...atas nasihat doktor kena makan nasi sikit..sajer je doktor tu kan...aku dah la dah lama avoid nasi....takpe la sementar jer...tapi jumlah nasi aku hanya sesenduk...selainnya kasik ratah la itu lauk......
Selamat mencuba ye korang....
↧
Pekena Eskrem Mahal Di IOI CityMall Putrajaya
Si Kembar Explore Ice Cream Magnum
Sambung lagi...kali ni kisah Si kembar layan eskrem magnum..firt time pi beratur kat butik magnum 101 mall Putrajaya tuh...bawak atuk dan uwan jugak jenjalan sebab kebetulan memang diorang pi Puchong tgok makcik kami yang baru lepas operation...kalau tau nak pi IOI sure kami pun ikut kan...hahha...
Jom la tengok gambar si kembar explore Magnum ni...
Aik...kenapa Aressa amik gambar macam tu..innocent je plak..
Alaaa...kakak Adeliya x ready
Haaa..yang ni baru cantik
erm...sedapnya...
aik sama jer topping eh...
ini ayah yang teruja lebih ke anak ni...
Amboi Aressa...x pandang kiri kanan
Ibu pun sama ni,...ke ibu tukang habiskan...
Suap kat Uwan plak..hepp uwan x leh makan banyak ye
Ayahnya cakap masa maskot kiwi ni datang diorang terjerit2 takut...apa laaa...
bagi Atuj ngan Uwan je la amik gambar...
As long as diorang happy....
Mama nanti nak bawak kakak Dania plak...boleh kami dating kat sana...
Kakak ok jer tak bengang pun...bukn tak leh pi kan...eh...betul ke kakak x bengang ni...
Kakak Dania kan dah big girl....
↧
Blog Walking Sampai Lebam
Task Of The Day For EFGiers
Hi korang...jom tgok aktiviti kami sekarang di EFG, pengetua kami bagi task baru untuk membantu naikkan UV. Apa itu UV?
UV adalah unique visitor..pengiraan uv adalah sangat penting bagi kami untuk memastikan kekuatan blog kami selain dari pageviews. so untuk semua ahli EFG yang berminat nak join kena la blogwalking kat semua list yang telah disenaraikan..seronok..hehehhe...selain blogwalking boleh jugak mengeratkan silaturrahim kan...
So ini lah dia senarai yang aku amik dari task tu...
semua dah aku singgah dan dah tinggalkan jejak jugak...terima kasih buat semua yang dah tinggalkan jejak kat blog aku...really appreciated.
So aktiviti ini bukan untuk hari ini je tau..memang hari-hari kena buat start hari ni..kami sama-sama bersemangat membantu naikkan uv semua ahli...kitakan satu family.....
↧
↧
Bergurau Kasar Tak Bertempat
Bataskan Diri Dalam Bergurau Senda
Hi korang...jom aku nak share tentang tajuk diatas tu...bab bergurau senda..nowdays aku notice yang rmai jer suka bergurau kasar tak bertempat tanpa hiraukan perasaan orang tu..Islam tidak melarang kita bergurau atau berseronok tapi kena tau batas-batasnya..jangan sampai menyentuh keperibadian dan sensitiviti masyarakat.
JANGAN BERLEBIHAN...bergurau perlu ada batasannya dan tidak sampai menghina serta menyakitkan hati orang lain
Aku antara mangsa keadaan yang dijadikan bahan gurauan suatu ketika dulu...aku bukan menagih simpati atau saje nak havoc ye..antara gurauan yang aku dapat meh aku share
- Perceraian yang mencecah 10 tahun
- kekurangan sex a.k.a kasih sayang
- muka muda umur tua
- Pemakaian tudung
- Tak cantik
- pendapatan tak tinggi
- Tak mewah
- Tak suka bersosial selepas waktu kerja
Itu antara gurauan kasar yang kau terima la sepanjang aku hidup setakat ni...ikutkan malas nak ambil port malas nak peduli tapi bila dah selalu aku kena..bettr aku jauhkan diri. Bir laha apa orang nak cakap aku anti sosial ke apa kan..janji aku tak tergolong atau tertarik untuk turut bergurau kasar sampai menyakitkan hati orang...sebab tu ada je yang tegur bila dah lama tak nampak aku...dari aku terbabit sama menambah dosa..baik aku buat kerja atau buat hal aku sendiri...itu cara aku elakkan diri...
Kadang-kadang aku terfikir...bergurau kasar atau dudk berkumpul dan bergossip ni dapat apa erk?
Meh join aku buat blog..ada gak faedahnya...dapat jugak side income...ni dah confirm-confirm tak dapat apa pun...bazir air liur dan dosa bertambah ada la...
Am i right???
↧
Dari Alam Maya Ke Dunia Nyata
Bertemu Dua Mata Dengan Aizamia3
Hi korang...selamat berhujung minggu..adeh aku tak up lagi citer majlis nikah adik aku kan..majlis berinai besar dan majlis bersanding pun tak up lagi kan...malasnya aku nak watermark gambar dari hp ni...apa nak jadi ni Suriaamanda..aku up dulu la gambar ni...nanti aku up satu persatu majlis adik aku..dah la minggu ni sibuk nak ke Perlis untuk majlis bertandang...
Meh nak citer..tetamu aku jauh dari Klang ni...kenal di dunia maya a.k.a dunia blog...ini pertemuan pertama aku dan Aizamia atau lagi mesra aku panggil Aiza. Lama gak berkawan sampai tertubuhnya group mental..ada la lagi 2-3 orang dalam grup tuh..kami dah macam adik beradik..apa jer masalah atau apa je situasi kami kongsi bersama...
Nuha...anak dara Aizamia yang selalu buat mamalong dia ni geram...comel kan?
abaikan aku yang sangat2 kusut masa ni..sibuk kesana kemari...
Alhamdulillah..kami dah bertentang mata...sapa lagi nak jumpa?meh-meh...cuma lom dapat pi umah Aiza pekena Kari kambing suami dia masak..ok suami Aiza chef tu..pandai masak..untung Aiza...
Insyaallah suatu hari nanti kita serang rumah awak plak eh Aiza...thanks awak sebab sudi hadir ke majlis adik i ari tuh..maaf andai ada yang kurang...nice knowing you....
Korang nak kenal Aizamia3?
Sapa nk jumpa aku lagi...jom la...leh main bowling sama-sama...
↧
Welcome To The World Aisyah Mardhiah
Another T4 Babies
4 September lepas salah seorang colleague masa kat T4 dulu dah selamat lahirkan baby girl secara pembedahan...Aisyah Mardhiah nama diberi...ya allah geramnya tengok baby ni...3.06kg kata mamanya....ntah bila nak pergi melawat..geram giler bila first time tengok masa Azleen hantar gambar...
Aisyah pipi macam kuih pau...
Selamat berpantang buat Azleen Zakaria...tahniah di atas kelahiran baby Aisyah...nanti bila dah sihat dan dah ok aunty-aunty semua datang melawat awak ye...
Rindunya bau baby....
↧
Wedding Adik Bongsu - Hantaran
Majlis Pernikahan Dan Persandingan Adik Bongsu Part 1
Dah lebih 2 minggu adik aku nikah dan dah lepas majlisnya tapi letih masih terasa..pasal tu aku lambat up pasl majlis adik aku ni..mana yang aku rasa aku nak kongsi je ari tu aku dah up tp macam nak abadikan dalam diari alam maya ni jugak...kenangan kan...
meh kita tengok satu persatu ye...gambar sebelum majlis tak dan nak amik..so aku sempat snap masa majlis persandingan bab hantaran ni...ini hasil gubahan aku dan Ibu si kembar a.k.a adik aku Lisa..
Sirih junjung
sebakul buah kiwi
chocholate
set Ray Ban
Perfume
Bunga Rampai
Jam Tangan
Set baju dan Jeans jenama Guess
Kek Buah
Al quran dan tafsiran
Sepasang kasut
Kami ambil masa sebulan untuk siapkan gubahan hantaran dengan pelbagai dugaan bila aku dan Lisa demam truk masa ni...tp kami sempat siapkan sebelum majlis pernikahan...alhamdulillah walau banyak dugaan kecik kami dapat atasi dengan tenang...majlis adik bongsu ni agak rumit jugak sebab kenduri terakhir kan,...
Next aku share bab majlis akad nikah...abah sendiri nikahkan adik bongsu ni...ada insiden lucu jugak nanti aku cerita.
↧
↧
Semoga Allah Permudahkan Buat Jemaah Malaysia
Perkhabaran duka buat jemaah kita di Makkah...insiden yang mengejutkan dunia..semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat...semoga allah berikan kesembuhan yang segera bagi mereka yg tercedera untuk mereka kembali mengerjakan ibadah...
Innalillahiwainnaillaihirojiun...
Semoga keluarga jemaah yang terlibat di beri kesabaran dan tabah menghadapi dugaan...
Amin...
↧
Jerebu Makin Tenat
Di larang Mengadakan Aktiviti Luar
Memandangkan jerebu makin teruk sekarang ni maka segala aktiviti luar sememangnya di hentikan buat sementara waktu. cuma semalam memang tak boleh nak elak sebab makcik buat kenduri di PD..so gambar-gambar kat bawah ni hasil rakaman aku sepanjang perjalanan ke rumah beliau..memang jerebu sangat-sangat teruk..sesak dada, sakit tekak pedih mata...mami Qhaira pun dah batuk teruk dah semalam..sekejap je ada kat luar...pengalaman aku sendiri bernafas di ruang udara yang berjerebu..nasib setakat ni aku masih mampu bertahan...
So korang jaga la kesihatan baik- baik...minum air lebih ye...kalau boleh tak nak la sakit kan...
jalan menuju highway PD
Semasa baru naik highway
teruk berkabus macam waktu pagi padahal pukul 6 petang
kiri kanan dah x nampak pokok-pokok menghijau dah
ya allah sampai bila nak duduk dalam keadaan macam ni
semua kenderaan memasang lampu..
nak bernafas pun susah...
Semua punca dari Indonesia..tiap-tiap tahun macam ni...tiap-tiap tahun ada pembakaran..hish...takde ke kaedah lain selain pembakaran terbuka untuk pertanian diorang.....sekarang semua dah menghidap penangan hebat jerebu ni..kesian kat anak-anak yang jatuh sakit, ibu-ibu mengandung...aduhai...sampai bila la keadaan jadi macam ni...hospital pun rata-rata penuh...ramai yang check in...tapi tak ramai plak yang check out...
IPU pun kebanyakkan tak sihat..patut sekolah isytiharkan cuti untuk anak-anak kita kan....
Apa pun keadaanya jom la sama-sama kita jaga kesihatan...semoga allah permudahkan buat kita semua..disebabkan orang lain...kita semua terseksa macam ni...
Mood Suriaamanda > Sesak nafas macam nak terhenti nafas..
↧
Morning Bowl, Apple & Dragon Fruit
Suriaamanda On Diet Again
Stress nih....stress berat naik 3 kg dah..before this 2kg...adeh....nak turunkan berat bukan senang..tapi kalau nak naik tu berlumba-lumba dia naik...sakit plak hati kite tau...so nekad..lepas ni makan kena kontrol...eh...aku kontrol apa..mana ada makan melantak kan...pelik tul la..takkan cheating nasi sesenduk naik sampai 3 kg...baru check last week turun 500gram....erm...tak leh jadi ni..dah 52kg dah ni...kena back to normal 49kg...
Jom tengok menu sarapan aku pagi tadi...
Morning Bowl, noodles + egg + chicken sausage
ok aku scroll cepat2 supaya selera makan x membuak...
dragon fruit...bagus ni..boleh elakkan sakit tekak dan selsema...nak-nak cuaca tak bagus ni,..
green apple kudapan lunch time nanti...
So far aku kenyang betul ni...sangat-sangat kenyang...harap2 mampu bertahan sampai petang...malam nanti boleh makn roti bakar ngan chicken slice and salad kan...ok..set in my mind...malam nanti makan roti bakar...esok kita tgok apa sarapan nak bawak dan buah apa plak nak makan untuk lunch...
Semangat nak turunkan at least 2 kg ni...
air masak jangan lupa minum yer SA.......
Mood Suriaamanda > Risau takut baju kerja x muat nanti...
↧
Wedding Adik Bongsu - Hantaran Dari Pihak Lelaki
Majlis Pernikahan Adik Bongsu Part 2
Masih lagi berkisar majlis pernikahan adik bongsu...sebelum ni aku share hantaran sebelah perempuan kan...now aku share hantaran dari pihak lelaki dengan theme Baby Blue..sweet jer kaler biru ni...
sebakul buah anggur...uik..anggur perlis ke ni....psst..yang hijau tu aku abihkan,...
sepasang kain
set barangan make up..
Al Quran dan terjemahan
Perfume Marc Jacobs
Forrerro Rocher
telekung Siti Khadijah
Spec Mata kot
Sirih Junjung
9 Dulang dari pihak lelaki di balas 11 dulang...
seronok tgok orang duk berbalas-balas dulang hantaran ni....
Korang prefer gubah sendiri ke or korang tempah jer?
Mood Suriaamanda - tengah mengantuk dan takde idea nak up entry
↧
↧
SEGMEN IRRAYAN | HARI MALAYSIA 2015
Mama dan Dania sahut cabaran Aunty Irrayan..
Klik Banner untuk Join
Syarat-syarat segmen mommy bagi mudah jer. Kena ikut semua tau.
1. Folow blog irrayyan.com . Yang dah follow, terima kasih.
2. Letakkan banner segmen irrayyan di atas pada permulaan entri.
2. Letakkan banner segmen irrayyan di atas pada permulaan entri.
3. Tajuk Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015 dan linkkan ke entri ini.
4. Letakkan satu gambar anda sempena Hari Malaysia. Gambar boleh secara selfie/wefie atau gambar biasa.
5. Berikan caption ringkas berkaitan gambar tersebut.
Happy blogging and blogwalking!
Mama dan Dania mempertaruhkan gambar ini......
Dirgahayu Oh Tanah Airku...Selamat Hari Malaysia
#SehatiSejiwa
Happy blogging and blogwalking!
Semua follower and readers blog SA sila klik banner kalau nak join ye...
Tarikh tutup penyertaan adalah 16/9/2015 jam 6 petang.
Lebih dari jam 6, mommy dah tak kira
↧
Sekolah Diarahkan TUTUP Akibat Jerebu
IPU TIDAK SIHAT SEKOLAH TUTUP
Subuh pagi tadi bangun tido nampak hanphone pinjam ni berkelip-kelip sebab ada banyak message wassap kot..terus check dan nampak beberapa kawa opis dan adik bongsu share mengatakan sekolah di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka diarahkan tutup pada hari ini...pas tu tutup handphone pergi mandi dan bersiap sedia nak ke opis kan..tak terfikir pasal anak sendiri nak pi sekolah...tiba-tiba capai balik handphone call Dania..
Respon dari Dania...
" Kenapa tak bagi tau kakak awal-awal mama...kakak dah siap dah...dah nak kejutkan atuk suruh hantar pergi sekolah dah pun...kalau tau kakak tido lagi"
hehehehehe...kesian Dania...dah siap rupanya...terus atuk cakap...pergi la tukar baju ni kakak..sekolah cuti ni...untung la atuk sebab tak payah hantar kakak pergi sekolah...mama ko ntah apa2...macam mana nak kawen macam ni kalau benda simple pun tak boleh inform awal-awal...
Laaaaa...mama plak yang kena...hurm...sabau je la...
Mood Suriaamanda - Swing sebab sakit kepala...jerebu...go away!!!!!
↧
Buku Merah Dah Ready...
Passport Malaysia
Dah lama get ready dah...dah renew bulan 2 tahun ni...dah 7 bulan tak terbang ke mana-mana...bakal terbang lagi sekali next awal November..Cadangnya end of November tapi kawan- kawan tak nak pi time cuti sekolah...ok dah register awal bulan November...harap-harap kami semua dalam trip yang sama...
Hey Nak kemana?
Sapa -sapa belum renew boleh renew passport kat UTC Pudu, UTC Sentul dan Jalan Duta
RM200 untuk Dewasa - Tempoh 5 tahun
RM100 untuk kanak-kanak - Tempoh 3 tahun
Peringatan : sila pergi awal pagi sebab lately ni nak renew pun nombor cepat habis...
LOMBOK!!!
Aku datang ...nantikan panorama hebat Lombok nanti ye...
↧
Sarapan With Qhaira
Si bam -bam anak buah aku ni suka makan kat kedai...nak-nak kedai mamak..kalau nampak kedai jer dia akan cakap.. "ma..ma..ma...mamam"
pandai betul dia...so Sabtu lepas kebetulan kakak Dania pi tuition..terus plan bawak Qhaira pi sarapan..pagi2 lepas mandikan dia keluar la kami sarapan kat kedai Al-Zain biasa kami sekeluarga pergi...lepas tu nak pi beli lauk plak kat pasar...
2 keping roti canai kongsi ngan Qhaira..
muka mengantuk kena kejut awal pagi...
pose dengan soya kegemaran...
Yang tak bestnya dia x makan banyak pun...so..sapa lagi yang kena makan...mama la kan..
hurm...sebab tu la badan mama ni cepat naik...mama tukang habiskan makanan..
Sabar jer la...sepanjang perjalanan ke Pasar Besar Seremban Qhaira tido...
Siap mintak 'ocok'...uik...apa tu?
Ocok a.k.a gosok belakang badan dia bagi lena tido...
macam macam la kamu Qhaira....
↧
↧
Aku Bukan Dealer Minyak Wangi Che Ta
The Precious By Rozita Che Wan
Aduhai...gara- gara buat review pasal perfume Che Ta July lepas ramai yang add aku kat FB dan tak kurang jugak kat Blog semata-mata nak beli perfume Che Ta...maaf la korang -korang semua ..aku hanya review jer..aku bukan dealer...Semua gara-gara entry ni...
http://suriaamanda.blogspot.my/2015/07/feeling-feeling-rozita-che-wan-dengan.html
Harap semua brpuas hati dengan pengakuan aku ini...aku bukan dealer perfume Che Ta..
korang kalau nak beli perfume Che Ta ni sila la check di Instagram diorang..meh aku bagi id diorang eh..
- +PreciousbyRCW Miera
- @preciousbyrcwofficial
- @preciousbyrcw_agentampang
atau korng search jer sure belambak contact agent RCW kat instagram...tgok details ka sana je..apa yang aku tau sekarang ni takde ready stock..hanya dibuka untuk preorder jer...
Selamat mencuba ye...maaf aku tak mampu nak tolong sebab aku bukan dealer..
↧
PETUA MENGHALAU LALAT
WORDLESS WEDNESDAY
Sumber FB
Cucuk cengkih kat limau nipis..semoga bermanfaat untuk semua
Laaa senang jer rupanya....Abah aku sampai beli buku lalat tuh nak perangkap lalat yang banyak kalau tiba musim hujan...korang tau tak buku lalat tu apa?ishhh korang ni...malas nak google kan...
ni haa buku lalat...
kredit to google..
credit photo google
Ok nanti nak bg tau abah...guna petua ni je...senang pun senang....korang pun boleh cuba ye...
↧
Selamat Menyambut Hari Malaysia...
16 September 2015 - Hari Malaysia
gambar dari google..
Selamat menyambut Hari Malaysia buat korang semua..selamat bercuti ye..
jom baca sedikit tentang Hari Malaysia yang sempat aku baca di Wikipedia...mana yang agak confuse tentang sambutan Hari Malaysia sedangkan kita baru aje sambut Hari Kemerdekaan..jangan confuse..info di bawah menjawab persoalan di minda anda...
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia
Selamat Hari Malaysia
#sehatisejiwa
↧