Quantcast
Channel: SURIA AMANDA
Viewing all 9376 articles
Browse latest View live

Lunch Date With Colleague

$
0
0

Panetton Cafe KL Sentral

Dah lama tak keluar lunch sama2 dengan minah ni...samada aku yang sibuk atau dia yg sibuk..kadang-kadang aku bawak bekal so malas nak keluar..so Isnin lepas aku makan ngan dia kat Panetton Cafe KL Sentral..ingat nak makan kat Sooka Snetral tp tutup plak..siap ada renovation plak lagi...ekceli banyak je kedai dh tutup area tu...aku je yg tak notice...

AG in the house..


Ala..terbalik..malas aku nk rotate..


Ice lemon tea mahal RM5


Nasi lemak mahal RM14 


Makanan kami..

Aku makan tak habis...sebab apa? Tak sedap dan aku lupa aku diet nasi..ratah ayam..timun dan segala mak nenek hiasan ty..makan nasi sesudu dua tiga...eh half nasi tu aku makan...

Total masing-masing kena sorang RM19...

Bayar sendiri-sendiri sebab lom gaji...hhahhaa...nanti kita makan kat tempat lain plak la AG....mahal la kat sini....


Nasi Goreng Special Suriaamanda

$
0
0

Sarapan Orang Bujang

Hi korang...

Selamat tengahari..baru nak up gambo sarapan pagi tadi..gigih bangun awal nak sarapan...hujan erk....alhamdulillah hujan lebat...sejuk je cuaca..harap2 jerebu segera hilang....

Meh tgok apa aku masak pagi tadi...

Nasi Goreng Special..


Ada ikan masin jeruk..


Rendang ayam malam tadi...

Alhamdulillah...dapt jugak makan nasi goreng...haih malas aku nak fikir bab diet dah..itu je pun benda yg ada kat umah bujang ni...malas plak aku nak keluar...malas nak beli bahan basah sebab aku dh start cuti...Selasa nanti la kalau nak beli apa pun....nak-nak plak next week dah raya haji kan...pakat memang tak yah la beli bahan basah dh...

Esok flight aku ke Penang...malam ni nak siap packing apa yg patut dah......

Seksinya Sup Kambing i.....

$
0
0

Sup Kambing Siam

Sapa lagi nak puji masakan aku..aku yg masak..aku la yang puji kan..hahaha boleh x letak tajuk macam tu..seksi plak rasa lepas makan sup kambing siam...mana plak datangnya siam..haaa ada satu perencah sup ni yg aku suka sangat..knowing aku yang suka masakan siam so terjumpa perencah ni dan cuba la..sebelum ni cuba untuk masak sup ayam..memandangkan ayam takde tinggal kambing je 2 ketul tergolek2 dalam aisbox...decide buat sup kambing je la....senang giler...

Tak payah ngada2 nak tumis bagai...ko hiris je bawang merah bawang putih ngan halia..ambik periuk isi air separuh kasi gelegak..masukkan bahan hirisan dan sepeket perencah sup siam then kacau kasi sebati...dh menggelegak masukkan daging kambing ngan kentang..reneh sampai betul2 masak...

Look tempting rite?


Nak lagi best letak cili api seketul dua....baru rasa skit..

Tadaaa..ni la perencah sup Siam Adabi yg aku ckp tu..

Korang nak buat sup daging or ayam or seafood semua boleh...sedap je....terpulang pada korang la nk tambah apa2 bahan lagi...batang celery ke..tomato or kentang macam yang aku buat...

Cuba la..tengah sakit-sakit tekak or tenfah demam memang sedap makan...bertambah-tambah selera nanti..

Tak percaya boleh cuba...

Off to Penang

$
0
0
Lapangan Terbang Subang Sky Park

Hi korang....aku sekarang tgh tunggu flight nak ke Penang...doakan keselamatan aku ye...alah pi Penang je pun kan..as I told before..aku minggu ni ke Perlis untuk majlis Adik aku sebelah lelaki...
Cuaca masih tak ok .. Masih berjerubu teruk...inipun aku dah start batuk..





Jumpa korang nanti kat Penang...
Nak naik flight dh...

Penang Cheq Sampai Dah...

$
0
0

Alhamdulillah.. Selamat sampai Penang...family yang lain masih dalam perjalanan..now on the way for food hunting..amboiii..jammed teruk Penang ni erk...acaner nk pi cari mee udang malam nanti ni...next datang sini just for vacation purposes je..minggu ni x leh nak jalan sangat sebab ada 2 majlis..kazen bertunang ngan majlis sebelah lelaki adik aku yg nikah ari tu..tak dapat nak berjalan...
Stay tune u olls...nanti aku update lagi..

Agenda Di Penang..

$
0
0

The Chicken Rice Shop Queensbay

Hi korang...
Hari kedua Di Penang..sat lagi nak pi Jitra sebab ada majlis bertunang my kazen..lepas tu direct ke Perlis...esok majlis  bertandang 
sebelah lelaki plak..jom aku citer masa mula-mula sampai semalam...

          Perjalanan smooth je naik Firefly
 
Macam biasa ciri -ciri keselamatan before terbang

Tempat duduk betul-betul kat sayap flight

Gerak Dari Subang pukul 12.35 tghari semalam Dan touchdown Bayan Lepas pukul 1.40 tengahari..sampai2 je terus Adik aku amik Dan kami pi lunch dulu kat Queensbay


Mencari The Chicken Rice Shop sebab Ikie nak makan Nasi Ayam..


Besar betul Mall ni sebab cari TCRS x jumpa2


Dah jumpa so kita posing dulu


Mama Dan Ikie


Peace Dari Dhia!!!

Best betul si Dhia dapat berjalan ngan bebasnya..sekejap je pun makan sebab family aku dh sampai....Kali ni tak sempat nak food hunting sangat-sangat kat Penang sebab bukan bercuti pun..lebih kepada uruskan majlis bertandang Adik aku...

Next nanti la bercuti sekali buat food hunting...dengarnya ada macam-macam..Laksa Janggus..Laksa Tempurung..Pasemboq...Nasi Kandar...
Ermmm....next plan...

Last Day At Perlis

$
0
0

Hi korang....semalam last day aku kat Perlis...semalam jugak settle majlis Adik aku di sebelah lelaki..gile panas...gile penat...pagi ni terpaksa bangun awal sebab aku balik KL naik flight..first time jugak naik dari Alor Setar...sensorang je aku...eh kenapa x balik sama2 ngan diorang..tak leh la sebab esok aku dh kena..diorang cuti lagi Dan banyak agenda lain..well aku naik flight je la balik....lepas ni boleh la blogging secara normal semula...sekarang ni semua nak cepat...so entry jadi pendek2...nak plak aku tengahari explore HP Baru ni...banyak apps dia yang aku x mahir lagi....nak tak nak terpaksa la aku guna laptop or pc kan..so kena la tunggu dulu...esok aku start kena...jangan dh sedap cuti malas plak nak keja..

Meh Belajar Bahaso Nogori...

$
0
0
KAMUS NOGORI

A.

Angka- Suhu badan seperti hendak demam
Aka-aka - Dipermain-mainkan.

B.

Baeh- Baling
Bajau- Tidak tinggal setempat
Baju prat- Baju T
Banga - Bau busuk yang mengisi ruang.
Baning - Degil yang teramat sangat
Bayang - Tak stabil, nak tumbang .
Bega - Degil yang amat sangat
Bengot - Herot, senget
Bentong - Kecik tak mau besar-besar.
Biaweh- Jambu batu
Biak- Lecah, lopak air
Bincau- Kecoh sambil marah
Bincut- Benjol kecil
Bidik - Baling, lempar, locut.
Binga- Pekak
Binjek - Jamah atau cubit sikit makanan untuk merasa. Sobinjek - secubit.
Bintat- Bekas gigitan serangga
Bobek - Balut
Bobenta : Berpusing-pusing. Contoh: berbenta den dek mencari kunci keto tah mano tersusup ea
Bobok- Menekan atau memasukkan dalam air (orang)
Bocompogho- Mandi dengan suka ria
Bocoghabih - Banyak cakap
Bocoghidau - Membising, becok.
Bocokak - Bekelahi
Boda- Pukul
Bodahagi - Susah, leceh, payah
Bodamar - Perit (akibat kena tampar)
Bodocit - Berbunyi. Tak bodocit - tak berbunyi.
Bodaso - Berbaloi
Bodobau- Bunyi jatuh dalam air
Bodobin - Bunyi sesuatu agak besar (seperti buah nangka) jatuh ke tanah.
Bodoghau - Berdebar kerana terkejut
Bodosup - Laju
Boduk - Pukul
Boepak-epak -Berlambak-lambak
Bogaghit - Bergerak; berusaha. Contoh: pueh sey ngojut an, pait kok bogarit deh...
Boghengge - Bertenggek, melepak
Boghipuk - Bertimbun (kain baju yang berlonggok)
Boghoghok - Bergaduh, bertengkar
Boghombik/bojombik - Banyak (bernyawa). Contoh: Ikan tilapia yang dibolo eh beghombik kek kolam simen tu.
Boghojin - Naik angin, marah.
Bogholek- Kenduri kahwin
Boghonjeng/boghonjit - Menari-menari bergurau senda dalam kumpulan dengan riang.
Bogho - Warna dan mimik muka berubah kerana termalu, merah padam.
Bogik - Degil
Bogomunto -Bunyi bising ( budak-budak berlari dalam rumah berlantai papan)
Bojangek - Lama menunggu
Bojoghumun -Kain baju yang berslunggun-lunggun.
Bojooh- Buat kerja ramai-ramai dengan suka ria
Bojoman- Menunggu untuk tempoh yang lama
Bojonggeng/bolonggeng - Berjemur
Bokiak - Bergerak hendak pergi ke mana-mana. Contoh: potang tadi dek ngadap an budak2 kek dlm ruma nia..lom dapek nk berkiak ke mano
Bokighah - Bergerak
Boko - Bekas untuk letak dodol atau wajik untuk dibawa "menyembah" (bagi orang baru kahwin).
Bokonak - Berkumpul anak beranak, saudara mara untuk membincangkan persiapan kenduri kahwin.
Botating - Mengidang makanan.
Bokocapuih - Bergerak dengan terburu-buru
Bokolelong- Sakit yang amat sangat
Bokotunjang - Menahan sakit yang amat sangat
Bokuak- Mengarahkan orang supaya ke tepi
Bokolintau - Bepusing-pusing ditempat yang sama
Bokoludat - Keruh, air berkarat
Bokoputak - Bau (busuk) yang terperangkap
Bolengkar- Tidur merata-rata
Bokotenteng - Terlompat atau terloncat-loncat.
Bokotinjah - Memijak-mijak sesuatu dengan sesuka hati
Bokotupeh - Bersegera membuat sesuatu
Bokotuntang - Cemas, panik, kelam kabut
Bokotutuih - Becok.
Bokundo-kundo- Bergerak beramai-ramai ke satu destinasi.
Boleng- Tidak memakai baju; bogel
Bolimpap - Kain baju yang berlonggok dan belum berlipat.
Bolo- Membersihkan haiwan selepas disembelih
Bololah- Berkejar
Bolong - Bocor yang besar
Bolongging - Tak pakai baju
Bonak - Bodoh, jahil
Bonda- Parit, tali air
Bondong - Angkut, punggah.
Bongak - Tipu. Pemongak - penipu.
Bongka- Bangun, bangkit
Bontuih - Kenyang dek minum
Bonyo - Biskut yang direndam terlampau lama
Bopinau - Pening
Bosoka - Gula yang berlebih pada kueh wajik
Bosoko - Merayau tanpa tujuan.
Bosolehet - Comot, kotor
Bosolopeng - Kerak hingus yang melekat di pipi
Bosolopet- Najis yang tak habis dicuci yang terlekat pada punggung
Bosolepot - Duduk atas lantai
Bosolighit - Menunjukkan keadaan banyak seperti buah atau pakaian.
Bosolumak - Comot pada mulut
Bosomemai - Bersepah
Bosomumeh - Mulut yang bersepah nasi
Bosonghayang - Bergelandangan
Botenggong - Duduk atas sesuatu seperti pangkin atau batang kayu yang rebah dsb
Botighai - Kain yang koyak rabak
Bototam - Bergasak, berhimpit-himpit atau berkerumun melihat sesuatu (excited, curios)
Bughan - Buang air besar, bantai, belasah.
Bukat - Air yang berkeladak.
Bumin - Gelap pekat
Bungkeh- Tercabut
Bungko- Bodoh
Buntang - Mata orang/binatang yang terbuka luas setelah mati.

C.

Cangap- Cabang pada hujung galah
Capar- Selipar
Capuk - Bertompok-tompok, tak rata
Cegak/cigak - Segar
Cekadak- Ragam
Celait- Lampu suluh, lampu picit
Cemat- Rotan, sebat
Cembeng- Muka seperti nak menangis
Ceme- Bintil pada mata; sebelah mata jadi kecil
Ceneke- Menipu
Cibir- Menjelir lidah
Cikun -Curi
Cilut - Curi (benda-benda kecil)
Cobau - Tetak.
Cogheng- Comot
Coghuh- Lumat
Cokau- Tangkap
Colang/Cogholang - mata yang terbuka dan bersinar. Contoh: Balik surau malam tadi sey ternampak mencogholang mato apo ontah ateh pokok dian tu.
Colungap - Makan dengan gelojoh
Compogho - Mandi manda. Bercompogho - bermandi manda.
Congkuit- Pengikut
Congkut - Hangus, berkerepot
Copot - Sejemput (ambik dengan tangan dengan kadar yang sedikit)
Cuci - Rosak, punah
Cucut- Sedut
Cuek- Pacak, tegak.
Cupil - Tepi sangat, nyaris nak jatuh

D.

Dengket/k- Cetek
Dengkot- Terhincut-hincut
Diang - Memanaskan badan dekat dengan api.
Dobuih - Tak mengenai sasaran
Domut - Lemah, lembab
Dudut - Minum terus tanpa cawan

E.

Eden, ese, sey, den,se - Saya
Eleh- Manja
Engkoh - Mengurus, peduli
Ensot - Bergerak perlahan
Entaher- Mengiyakan sesuatu
Epong - Gigit

G.

Gaduh- Risau
Gaha- Sental dengan kuat atau dengan benda keras. Contoh. Mulut tu jago sikit .. den gaha kek jalan tu kang !
Ghahai- Rosak
Ghayat/rayat - Orang asli. Perhatian: Istilah ini tidak disukai oleh masyarakat orang asli. Ia dimasukan ke dalam kamus sekadar untuk pengetahuan dan makluman sahaja.
Ghewai- Hayun
Ghembat- Bergaduh, baling sesuatu ke dinding
Ghemah - Nasi yang bersepah selepas makan
Ghembeh - Sejenis cangkul, tajak
Ghepeng - Penyek
Ghobeh- Hujan renyai-renyai
Ghoman- Raut wajah
Gombeh- Mengada-ngada yang keterlaluan
Ghoboih - Seluar atau baju yang jauh lebih besar dari badan.
Ghopeh - Makan
Ghosan - Hampir basi. Contoh: Lauk semalam tu dah ghosan, jangak dimakan lak, kang kok sakit porut.
Ghenceh - Makhluk yang kononnya memotong kepala (untuk menakutkan kanak-kanak)
Ghinso - Badan rasa tidak selesa kerana panas atau lambat mandi.
Ghontian -Tidak ingin, tidak suka, tidak hairan, jangan harap.
Ghopong - Alat menghembus (kayu) api di dapur, alat untuk mengambil air yang dibuat dari tempurung kelapa.
Ghopui - Rapuh
Ginco - Gaul
Godang- Besar
Godek- Kacau air
Gogot - Terus minum dari bekas
Goleme - Lemak pada daging lembu atau kerbau
Golo - Teruk, susah.
Golo de'eh - Susahlah macam ni.
Gombeh- Mengada-ngada yang keterlaluan
Gombung- Sakit perut kerana masuk angin, kembung
Gomeng - gomol, menggoncang atau menggoyang kepala
Gunjai - Tinggi lampai

H.

Hapah - Apa pun tak ada
Hapik/apik - Peduli, ambil kesah
Hati kaudu - Sangat busuk hati. Contoh: buek laa poghangai ati kudu tu sangek, nnt tak sonang idup.
Hobin- Bantai, hentam, pukul, lanyak
Hojan - Teran
Hongeh - Mengah, penat, kenyang.
Humbeh - Gasak, bantai

I.

Imbeh - Urus, layan

J.

Jalang - Cair, tak pekat
Jamba - Dulang. Sejamba - Sedulang
Jingang- Hairan, terpinga-pinga
Jobo- Berlagak, perasan; malu yang amat sangat
Joghan- Serik
Jogheh- Letih, penat
Jokin- Teramat yakin
Jongkeh- Ketawa bagai nak rak; terkena kejutan elektrik, keras, kaku.
Judu - Pasangan, jodoh
Jujut - Tarik, elak
Junu-janah - Mereka-reka cerita.

K.

Kainsal- Tuala
Kame- Bancuh, uli
Karang - Sekejap lagi, lepas ini, nanti
Kawan- Suami atau isteri
Kayu berakar - Membuat persiapan untuk kenduri kahwin
Kemot - Kemek.
Kenen / mengenen - Mengurat anak dara
Kepeh - Basah kuyup
Kepet - Tidak gebu; kempis
Keset - Biji yang kecil
Kilit- Kelecek bola
Kitai - Libas, kibas
Kobok- Ambil sesuatu di tempat yang dalam tanpa melihat
Kocoloan- Terserempak, kantoi, termalu
Koghobong - Ambil makanan dengan tangan tanpa guna sudu atau senduk.
Koghomau/koghomuih - Ramas, cakar kerana marah
Koghajat - Juadah.
Koghumuih - Menghurung
Koghuntong/kuntung - Bekas mengisi ikan yang diikat di pinggang.
Kokkodek/kokkoghek - Baki biasanya makanan yang tinggal sedikit.
Kolapo - Mencambahkan biji benih
Kolayak- Diterbangkan angin
Kolemot - Tak licin ,tak rata.
Koliha - Kelapangan
Kolikanak - Pintu dari ruang tongah rumah nak menuju ke dapur
Kolokai - Selesaikan yang kusut, diuraikan.
Kololongan- Kesakitan. Misalnya akibat memakan makanan panas, mulut ternganga sambil meniup biar sejuk atau kesakitan kena sengat binatang berbisa.
Kolompong - Kosong, tak berisi (hollow)
Kolongkiak - Serangga yang menggigit dari keluarga anai-anai.
Kolopo - Dilesang atau diserang ayam
Koluhum - Pukul rata; umum
Kolenset - Lipat ke atas; pukul
Kolokati - Kacip pinang.
Kolosar - Buat kerja tidak cermat.
Koluhum - Pukul rata, umum
Koluneh - Kecil
Kolutong/koghutung - Kerumun
Koman - Ketinggalan zaman, tak ada standard, perkara biasa
Komap/gomap - Tergamam dan terdiam.
Komat -Tarikan, kena guna-guna (English: charm)
Komeh- Menghabiskan nasi atau lauk
Kontong/Gontong - Jari pendek, tiada jari
Koporit - Jahat, nakal.
Kopam- Hitam, kotor
Kopiting - Sangat kedekut.
Kopuh - Warna lumpur di badan
Koghopai- Beg
Koting- Betis
Kosan - Rupa, kisah. Contoh: Kosan eh ekau yang mencuri buah dian den yo - rupanya engkau yang mencuri buah durian saya.
Kose - Kunyah.
Kosompokan - Terjumpa secara tidak sengaja
Kotomeneh -Ragam.
Kotulahan- Badi
Koyok - Berlagak
Kua - Kacau nasi supaya masak sekata; menggemburkan
Kucung -Balutan. Contoh: kucung buah nangko mo kain, kalau tak nanti habih di lutap ea dek musang.
Kudap - Makan
Kuei - Pondok tempat simpan padi
Kumam - Mengulum makanan
Kutak-Katik - Buat ikut suka
Kuti- Cubit
Kuyo - Sejenis hama berwarna putih yg melekat pada buah-buahan seperti rambutan dan juga tebu

L.

Landung -Sepak
Laghah- Buruk
Langgai - Tempat membakar lemang.
Lanteh - Tembus
Lantung - Sangat busuk
Lapun - Pukul, belasah
Lecok- Coret
Lelan- Leka
Lele- Cuai. Tolele - Terbiar tanpa diawasi.
Leweh- Lemah
Lilih - Hiris dengan pisau atau benda tajam
Lobong - Berlubang
Locit - Hembus hingus.
Locot - Melecur
Locun- Basah kuyup
Locut- Baling
Lodoh - Hancur, lumat
Logar- Menghantukkan sesuatu dengan kuat
Logat- Menangis sampai tak keluar suara,walau pun mulut ternganga terutamanya budak-budak.
Logeh- Hantuk
Loghoi - Reput, hancur, punah
Loleh - Hiris (potong sesuatu dengan pisau)
Lohong - Berlubang yang agak besar
Lompa - Beranda rumah
Lompung - Tampar
Lonco - Batal atau putus pertunangan.
Longot -Amat hitam, kotor
Lonjan - Lemah lutut/kaki. Contoh: Jauh boto rumah pakngah kau tu, lonjan lutut omak nak sampai ko sanun.
Longkeh - Tertanggal, tidak melekat. Misal. Biji rambutan yang tidak melekat pada isinya.
Longit -Kalah main
Lonjap - Basah. Contoh: Baju tu lonjap laei, jangan dipakai kang kok bokughap.
Lontuih - Panggilan untuk budak degil
Lontung - Langgar, redah.
Losang- Sengat
Lotong- Kotor
Lueh- Muntah
Lukuih- Basah dek peluh
Lukuk - Ketuk kepala dengan jari
Luluk - Selut, lumpur
Luncuih - Tirus
Lunggah- Langgar (bulldoze)
Lutap- Makan
Luyu/kuyu - Mengantuk

M.

Mada- Sial, bodoh
Mantai - Acara menyembelih lembu atau kerbau untuk menyambut bulan puasa dan hari raya.
Meong - Kuat merajuk, otak tak berapa betul.
Moncangok/Tercangok - Duduk tanpa tujuan.
Mogang - Satu hari sebelum puasa.
Moghahang - Melalak
Moghahau - Bercakap kuat-kuat
Moghasai - Merana, sengsara.
Moghelo - Panjang. Moghelo-ghelo -Sangat panjang.
Moghewai - Berjalan yang tak lurus
Monghungap - Keadaan nafas yang keletihan
Moghambu - Merayau tanpa tujuan khusus
Moghanduk - Mengharung (air)
Moghaban - Merayau-rayau tanpa tujuan
Mogheban - Menjela-jela. Contoh: Kain kau tu mengheban-gheban bona, tepijak kang kok tosungkam ko tanah.
Monghungap - Mengah, Mencungap. Contoh: Abah Zino monghungap kono kojar dek anjing gilo pagi tadi.
Moghogheh -Benda-benda seperti daun atau rambut yang berguguran atau luruh.
Moghomut - Banyak
Moghonggoh - Pergi kesatu tempat beramai-ramai
Moghoning - Bengkak (kemerah-merahan)
Moghonyok - Merajuk, tunjuk muka tak puas hati sebab terpaksa buat kerja atau tak dapat sesuatu
Moghosit - Mengunyah makanan ringan.
Moghotul - Tukul besi
Moghumbo-ghumbo - Keadaan api marak dan menjulang-julang. Contoh: kalau muek lomang jangan menghumbo-moghumbo api ea...hanguih ado masak ea tidak.
Moghuboi - Rambut panjang yang tidak terurus.
Moghun - Bakar sampah
Mogun- Termenung
Moladung - Air yang ditadah atau tertadah sudah banyak terkumpul.
Molahu- Merayau, berpeleseran
Molampa - Bertaburan.
Molampuh-Banyak (tak bernyawa). Contoh: Henfon sekenhen melampuh kek kodai Ateng tu
Molehet - Hinggus yang mengalir di pipi
Molondut - Melayut, kendur
Molongoh - Menangis berpanjangan
Molangok- Melepak
Molansit - Tidur
Mombuto - Tidur
Molancur - cirit-birit
Molaghah - Keadaah buah-buahan yang gugur tidak berkutip.
Molayau/moleyak - Keadaan air melempah ke atas lantai
Molesa - Kain yang labuh hingga cecah lantai/tanah
Molese - Suka duduk dekat-dekat atau rapat-rapat dengan orang
Molingkup - Pergi menghilang diri, pergi jalan-jalan, berambus.
Moluha/molaha - Kepedasan
Molukah - Orang perempuan duduk menampakkan bahagian sulit.
Molunggun - Bertimbun.
Mombeko/memeko - Memunya, menguasai
Mombese -Kencing
Momobok -Air/cecair  yang menggelegak disebabkan panas atau sebab lain.
Momboko -Padan muka.
Mombughan- Buang air besar
Mombumbung - Pergi entah ke mana.
Mombungkam - Tidur
Momepe - Bunyi suara yang sumbang dan menyakitan telinga.
Momokak - Membuat bising
Momoghut - Membuang angin atau air besar.
Mompulun- Jatuh
Monabe - Berciciran, tumpah.
Monabir - Darah yang banyak akibat luka
Moncamek- Benci sangat
Moncangut - Susah nak bernafas
Moncibe - Menjelirkan lidah supaya orang sakit hati
Moncieh-cieh- Titisan peluh yang mengalir
Moncipan - Lari dengan deras
Moncoghabih- Cakap tanpa henti, merepek
Moncoghidau - Becok.
Moncolinap - Belari dengan laju
Moncokik- Makan banyak
Moncolongo- Harum
Moncucut- Menyedut
Monculin - Lari yang teramat laju
Moncanak - Lari dengan laju tanpa menoleh kiri kanan
Mondahagi/Bedahagi - Susah untuk diajak membuat sesuatu
Mondaghek - Cerita yang tak berapa lojik, temberang.
Monebeng- Duduk di tepi tembok
Moneneng- Sakit, berdenyut
Mongese/monginding- Mengasak
Mongicak- Meminta-minta
Mongirap - Naik darah
Monghoghik-hoghik- Menyanyi atau bercakap dengan kuat sampai nampak urat leher.
Monghungap - Mengah kerana keletihan
Mongokeh - Kais (perbuatan ayam mencari makanan)
Mongokot - keadaan orang yang kesejukan.
Mongolintau- Mencari sesuatu dengan perasaan cemas
Mongolintin - Menggeletek
Mongolesah/mongolusuh- Gelisah, duduk tak diam
Mongoloce - Melecet pada kaki kerana pakai kasut baru; terkena minyak panas.
Mongonggang/menghonggang - Bernafas dengan laju kerana letih atau kepedasan
Mongoca- Menangkap ikan
Mongolinjang - Terlompat-lompat kerana teruja atau kegembiraan.
Mongolujut - Menggigil disebabkan keletihan.
Mongonye- Mengunyah sesuatu
Mongumba- Patah balik
Monjala - Baring
Monodah - Berjalan ke rumah orang tapi tak kesah nak balik. Contoh: Apo kono e Ujang tu kek umh Milah yo menodah e?
Monogoh - Jalan pergi, datang dengan segera
Mononoi- Bernanah dan amat sakit, merintih kesakitan
Mononong- Berjalan pantas tanpa toleh kiri kanan
Monopung - Hancur, pecah. Contoh: Pogang pinggan tu duo bolah tangan, jatuh kang kok monopung
Montodaghah- Makan yang tiada batasannya
Montegheh- Perut yang kekenyangan
Monteneng- Budak kekenyangan
Montesok- Lusa
Montibang/montobong - Tak tau pergi mana. Contoh: bojoman kau tak balik2..kek mano kau montibang .. sampai tak ingat ghumah tanggo.
Monueng - Mengekor ke mana orang pergi
Monugheh- Tahu
Monyisik - Menyelongar. Sama makna dengan "monyoleme"
Monyolangsang - Bertandang. Contoh: "apolah ghoma na poi monyolangsang umah oghang "
Monyoleme- Menyelongkar.
Monyongit - Bau yang kuat dan tidak menyenangkan seperti dari badan seseorang atau pun dari masakan.
Monyopak- Makan berbunyi
Monyonggau - Rasa kepanasan atau kepedasan; warna merah yang terang.
Monyongit - Bau keras dari sesuatu yang mencucuk hidung, panas terik.
Monyungkam - Jatuh tersadung dengan muka ke bawah
Mondobut/monobut - Sangat laju
Monjeje/monjelejeh - Panjang, melele, menitik
Morengkeh/k - Keadaan orang yang membawa bebanan berat
Morengkoh/moghengkeh - Keadaan berat bawa beban

N.

Nangoi - Anak babi
Ngisai/kisai - Buat sepah, selongkar
Ngongilanan/ngongilan - Buat perangai gila-gila bahasa.
Nompan - Sepadan, sesuai; berpakaian sesuai dan cantik, bergaya; rupa
Nonggok - Duduk.
Nunuk-Nanak - Terkejar kesana-sini dengan pantas mencari sesuatu
Nyaghi - Makan sahur.
Nyinggah - Kena, dapat. Contoh: Kau pasang lukah semalam, ado nyinggah ea tak ?

O.

Ocup/acup - Tenggelam
Oghuk - Bising
Okap- Tamak
Oma- Buah yang hendak busuk
Ongap- Nafas
Ongeh - Mengah
Ongkoh - Iras. Contoh: Anak eh tu ado 'ongkoh2' atuk eh maghin.
Ontok- Diam

P.

Pait- Tak mahu
Panggilan - Jemputan kawin
Panta - Dulang untuk meletak makanan
Pauk - Potong sesuatu pakai parang
Pegheh - Teruk, susah
Pencong - Tak lurus, bengkok
Pengka- Keadaan kaki orang yang tidak lurus bila berjalan atau berdir; kekok
Peta - Memfokuskan mata sebelum membaling sesuatu
Peteng- Tengok, perhati, tuju sebelum menembak dsb (English - aim).
Pewai - Tua ganyut, longlai, penat, letih.
Pighek- Tenyeh, lunyah
Pipir/l - Meleraikan buah dari tangkainya.
Piuh- Pintal; cubit
Pocek- Komen
Podulik ajab- Tidak mengambil endah lagi
Poghak- Kebun kecil untuk tanaman sayur-sayuran
Poghat- Bau yang amat kuat
Pojur - Hujan tak berhenti-henti.
Polak- Panas; jemu, bosan
Poloso- Pemalas
Poluto - Kuat pembohong
Pomola - Lucu, kelakar, lawak
Pemongak - Pembohong.
Poncolek angek- Punca
Pongolan- Galah
Ponggit- Mengada-ngada
Ponggur- Bakar hingga rentung
Pongopan - Sedia. Bolum pongopan - belum sedia
Posuk- Berlubang
Pudek/podok - Sumbat. (Seperti menyumbatkan pakaian kedalam beg atau almari yang sudah pun padat)
Puga - Tenyeh
Pugeh- Main hentam
Pundung - Pondok, dangau
Puntang-panting - Lari lintang pukang

S.

Sanggo - Sambut (dengan tangan)
Sede - Diabai-abaikan, tak ambil berat, ambil mudah, sambil lewa
Sewat - Sambar; rentap
Sempong/Rempong - Robek
Siah - Elak
Siapaleh / chapaleh - Minta dijauhkan dari bahaya, minta selisih Malaikat 44
Sibak - Selak (kain, langsir dsb)
Simbo - Simbah dengan air.
Sitap - Sepet
Sobulek - Dikumpulkan menjadi satu dalam satu tempat
Sodo - Semua. Kosodoalah- Kesemua.
Sojak- Segak, bergaya
Sokolap - Tidur sekejap
So'eh - Kenyang sebab makan
Solala - Sama, sefesyen
Solanjar- Terus-menerus tanpa tersekat atau terhenti.
Somumeh - Comot di mulut.
Sonala - Pada kebiasaannya, selalunya.
Sonegheh - Senonoh, tepat betul.
Songayut - Bergayut
Songkalan - Batu giling (lada dsb)
Songkelet - Sekeh, ketuk biasanya dikepala
Sontot - Pendek
Sopalit - Sikit sangat
Sopah - Makan
Songge - Sengih. Tersongge-songge - Tersengih-sengih
Songkeh/k - Sangat kenyang
Sontak - Hingga, sampai.
Sosah - Pukul
Sotai- Kertas yang hampir hancur dirobek-robek
Sugi- Sental
Suki - Cukup (makan) ikut sukatan/keperluan.
Stemet - Anggaran. (English - estimate)
Sugon - Menenyeh, menyental atau megosokkan sesuatu ke atas permukaan (lantai atau kain)
Sumpih/k - Sumbing, rongak (diguna untuk mata parang, pisau dsb)
Sunu - Perbuatan dengan mengarahkan kepala/muka kepada suatu tempat.

T.

Taek - Sedap sangat
Tak kotawanan - Tak pasti, ragu-ragu (apa yang nak dibuat).
Talo - Belasah, rotan
Tandeh - Kehabisan
Tak solaku - Tak senonoh, tak beradab
Tanjul - Ikat
Tebok/tenok - Ditanduk (oleh kerbau, lembu atau kambing)
Tenang - Menumpukan perhatian sebelum menembak atau memanah sesuatu.
Tiek - Seliuh. Orang tuo-tuo kato, kalau ghoma melawan cakap omak, 'tak patah, tiek'
Timpan - Lepat (sejenis kueh)
Tingkeh - Sudah habih.. Contoh: 'Usahlah kau cari laie buah dian tu....dah tingkeh dah'.
Tobe'eng - Sengkak, terlalu kenyang
Tobek - kolam, danau, paya.
Toboba - Gempar, terkejut.
Toboghongau - Kudis, luka yang terbuka luas.
Toboh - Tempat, kawasan
Toboleghan - Hairan
Tobolengot - Merajuk, sensitif.
Toboleseh - Cepat atau mudah merajuk
Tobo'o -Perasaan tersangat malu
Tocangok/tocongok - Berdiri tiba-tiba tanpa berkata-kata.
Toghoghau -Terkejut besar
Tojolepot/h - Terduduk
Tokoliak/tokoliek - Salah urat kerana tergelincir atau terjatuh.
Tokoneneng - Berpinar-pinar, badan tak stabil.
Togamang - Terperanjat, terkejut.
Tojolubuih - Terperosok, terbolos (jatuh dalam lubang)
Tojoluek -Nak muntah
Tojungkang - Terlentang, terbaring
Tokih - Hampir/nyaris. Contoh: Boreh kek rumah kito dah tokih, poie boli copek.
Tokinyam - Hendak lagi
Tokolayak - Tergelincir.
Tokolebak - Terkoyak, tersiat.
Tokomama - Terkesima, kehairanan
Tokhighap - Tumpah
Tokoluceh - Terlucut, terlepas
Tokung -Potong, kerat. Sotokung ikan - sepotong potong
Toledan-ledan - Melengah-lengahkan kerja
Tolengkang - Terbiar
Tolopo -Terleka sekejap; terbuka. Contoh1 : Pantang tolopo, habih buah rambutan kek topi pagar itu di ambik orang. Contoh 2: asal tolopo jo pintu, masuk la ayam.
Tomoleng - Berpaling. Contoh: .pantang temoleng, langsung losap yo budak ni.
Tona - Riuh, gegak gempita. Contoh: pekso ank eh dapek no 1, tona sokampung..
Tongging - Malu-alah
Tonggong - Besar, tegap.
Tongka - Degil
Tongkuluk - Kain tudung rambut orang perempuan.
Topico - Terbiar. Contoh. Pantang terpico abih dibaham eh ikan tu dek kucing.
Topodok - Terbenam dalam
Topole'ot - Terseliuh, terkehel
Tosunam- Tersungkur muka ke bawah.
Totungek - Terbalik kaki ke atas kepala ke bawah
Tughik - Pekak.
Tumuih -Bonam, tekan. Contoh: "tumuih muko tu ko mejo kang".
Tungka - Pokok tumbang
Tungkun- Kayu untuk hidupkan api
Tuntung - Memasukan air ke dalam bekas
Tutoh - Kerat, cantas

U.

Uncah - Ganggu, kacau
Unggih - Gigit
Uceh - Melepas, tak dapat
Ujo - Cari momentum; acah.
Contoh. Kau kono ujo dulu .. bukit tu tinggi tak lopeh naik nanti.
Ulit - Lembab, perlahan
Ulu-ala - Resah gelisah
Umpok - Hak, kepunyaan.


Selamat mentelaah ye...Selamat mencuba...sapa cepat faham boleh gang...

HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

$
0
0
HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire

Assalamualaikum..

HALWA ATTIRE adalah sebuah butik online yang menjual pakaian mengandung untuk wanita dengan pelbagai pilihan warna dan rekabentuk yang menarik dan pastinya menepati citarasa anda. HALWA ATTIRE adalah milik penuh bumiputera yang telah berkecimpung dalam perniagaan online sejak Ogos 2015.Sebuah butik online pakaian untuk ibu mengandung yang dipercayai oleh ramai pembeli pembeli online diluar sana.


HALWA ATTIRE diwujudkan adalah untuk membantu menyediakan pakaian mengandung terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya.Di zaman serba moden dan canggih ini,biasa kita dengar keluhan dan keinginan ibu mengandung :


❤ SUKAR mencari pakaian mengandung yang cantik
❤ DESIGN pakaian mengandung yang sama dikebanyakan tempat
❤ WARNA pakaian mengandung yang mebosankan
❤ Ada yang memilih design ala-ala KOREA tetapi MATERIALnya tidak sesuai dengan SUHU Malaysia
❤ Ada yang CANTIK tetapi lengan tiga suku


Menyedari MASALAH dan KELUHAN yang dihadapi oleh mereka,HALWA ATTIRE tanpa untuk MEMBANTU ibu-ibu MENYEDIAKAN pakaian mengandung yang mempunyai:
❤ Design yang cantik
❤ Breastfeeding friendly
❤ Wudhu friendly
❤ Patuh syariah
❤ Material yang bersesuaian dengan suhu Malaysia.


HALWA ATTIRE bukan sahaja menyediakan pakaian mengandung yang boleh dipakai SEMASA MENGANDUNG, tetapi juga anda boleh memakai kembali pakaian dari Halwa Attire SELEPAS melahirkan anak. Selain itu DESIGN yang disediakan sangat EKSKLUSIF dan sesuai dengan cita rasa masakini.InsyaAllah


HALWA ATTIRE sangat sangat mengutamakan kepuasan pelanggan mereka.Mereka telah memberi jaminan 14 HARI (Return Policy https://www.facebook.com/notes/halwa-attire/14-days-return-policy/1450265261967923 ) untuk memulangkan semula pakaian yang telah dibeli sekiranya anda tidak berpuas hati.Apalagi yang kita mahu.Sesungguhnya HALWA ATTIRE sangat mementingkan kepuasan hati para pelanggan mereka.Inilah yang kita cari jika kita ingin membeli belah secara online.Sistem ini membuatkan kita lebih berminat untuk membeli belah bersama HALWA ATTIRE.


MISI Dan VISI Halwa Attire


MISI
❤ Membantu wanita diluar sana untuk BERJIMAT dengan menyediakan pakaian yang BUKAN hanya boleh dipakai semasa MENGANDUNG tetapi juga BOLEH DIPAKAI selepas MELAHIRKAN anak

VISI
❤ - Membantu ibu-ibu untuk kelihatan cantik,anggun dan bergaya walaupun sedang mengandung.
❤- Menyediakan pakaian mengandung yang stylish dan sesuai dengan suhu Malaysia.

Halwa Attire

HALWA ATTIRE adalah pilihan TEPAT untuk anda membeli belah secara online.Tak rugi membeli belah di sini kerana pakaian yang dijual adalah pilihan pakaian dengan fesyen terkini.


Produk Terbaik Dari Halwa Attire


Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Pink
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Blue
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Black
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Pink
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN03
Material: Cotton + Polyester
Thickness: Medium
Colour: Yellow
Price: RM58.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Red
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Dark Blue
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CH04
Material: Chiffon
Thickness: Thin - Normal
Colour: Yellow
Price: RM69.00

Selain pakaian yang telah dipamerkan di atas terdapat banyak lagi pilihan pakaian mengandung yang menarik terdapat di HALWA ATTIRE.Jom kita usha lagi pakaian yang cantik di FACEBOOK PAGE HALWA ATTIRE .


Maklumat Lanjut Mengenai Halwa Attire

Instagram : halwa attire
WhatsApp: 0168011174
Email : halwaattire@gmail.com


Halwa Attire Stylish Maternity Attire !!!Anggun Bergaya Walaupun Mengandung
•► ••► ••► HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire


Bihun Goreng Bob Food Court

$
0
0

Sarapan Pagi Hari Pertama Kerja


Hi korang...morning...hari ni start keja semula..huh letih je badan ngan kaki nak melangkah ke opis..dah sedap cuti kan..nak plak family aku la ni naik Cameron Highlands plak..amboi...melampau cuti masing2..Sib baik aku ni xde cuti..kalau ada mmg aku tanpa segan silu join...now dah rasa x best..anak aku join diorang jugak..bestnya Kakak Dania..


Kalau sedih..walau x tenang..makan tetap makan..sarapan kena berat skit...so tengahari cari buah je...diet kena start semula...best plak bihun goreng si Bob Food court ni...no wonder cepat habis...eh korang sarapan apa pagi tadi?

Teaser Majlis Bertandang

$
0
0

Majlis Bertandang Shafikah & Tarmizi

Hi korang..last Sunday dah selesai majlis Adik aku kat Perlis..ni entry aku up ikut gambar yg aku dapat dari family wassap...broadband aku dh abih limit..lambat lagi nak tunggu 24hb...malas nak top up kang banyak nak bayar bil..so aku up dulu mana gambar yg ada la eh..bukan apa..malas nak biarkan blog ni terbiar sepi...at least kena up jugak entry buat korang....

Korang dah tau kan hp aku ni hp baru so aku x habis explore lagi..entry ni pun up guna google chrome so lain skit..nanti aku dh bleh online macam biasa aku repair balik entry ni ye...
Jom aku citer sikit bab majlis resepsi Adik aku tu..

Cuaca panas membahang menyambut ketibaan kami rombongan dari NS..memang aku x leh tahan panas masa ni..dah la pakai kebaya kan...meleleh2 segala celah air peluh...nak amik gambar pun xde mood...so gambar mana yg ada je la ye..yg aku dapat dari wassap grup


rombongan kami mengambil tempat


Qhaira ikut tema betul kan...


Nampak tak kakak pengantin


lauk pauk dihidangkan, aku nampak gulai kawah...


pengantin lelaki letih jer...


sebelum makan beradap..pengantin for sure x dapat makan de...kami yang makan udang tu semua


ini la pengantin NS-Perlis

Cantik tak Adik aku...heheheh..pengantin dalam panas..area utara ni memang xde bersanding..just majlis sambut menantu Dan makan-makan je...lain tempat lain style kan..banyak beza nya..macam pengantin lelaki Dan family datang jemput pengantin perempuan untuk ke rumah..Kitorang kat homwstay macam pelik la kan..tp kalau dh itu caranya memang la kena ikut...yang penting mereka sangat menepati masa...kalau cakap pukul 12 sampai..mmg pukul 12 la...seronok rombongan kami disambut meriah pihak lelaki...

Yang kelakar ada yg amik gambar ngan aku..aik..aku bukan pengantin kot..readers aku jauh sekali tp ada la sedara mara pihak lelaki kot..aku layankan aje la...Sib baik adik2 perempuan..kalau lelaki..uikkkkk...sesuatu ni kan....

Alhamdulillah selesai sudah sesi bertandang..nanti aku up lagi pengalaman aku kat sepanjang 2 hari kat sana...

Stay tune..

Lumrah Makanan Mahal....

$
0
0

Apa Aje Yang Murah Sekarang Ni?

Lunch hari ni macam biasa mahal...aku dh la lapar giler dari malam tadi...mcm mn nk diet kan..badan dh naik mendadak..timbang kat umah adik kat Penang naik 3 kilo...timbang kat opis naik 4 kilo..arghhhhh stress...lantak la..aku dh lapar nasi..penimbang tu yg rosak kot...hehehe
Meh tgok apa aku mkn....


Nasi Putih,ikan pari asam,sayur tauge ngan ikan masin dan sambal belacan skit.. RM8.80


Kedondong asam boi RM2.50

Choc ni aku memang GA ari tu..Baru dapat hari ni...lom kenduri kan lagi...

Apa je yg tak mahal dalam Malaysia ni..semua mahal kot...masa aku pi Padang Besar pun semua barang mahal..x jadi nak shopping...beli barang kawan-kawan kirim je..itupun mahal..pes tomyam tu dulu dapat la RM15..la ni dah RM19 - RM20...tgok pada size jugak...so kami pi sesaje je la Padang Besar.. xde la nak shopping ke apa..dapat la beli bag sandang Dania sempena birthday dia Jumaat ni .. Jadi la dari takde...mama dh broke dh ni...bukan ni it pun x banyak sangat...pulun lagi la nampaknya...

Alasan peniaga cakap RM jatuh teruk tu mcm x logik la..maybe mahal sebab Wang Kelian dah tutup dan maybe sebab cuti sekolah kan...ikutkan Thailand pun effect jugak matawang jatuh...hish..mmg x logik la....

WW ~ I'M NOT ROBOT MENYUSAHKAN...

$
0
0
Assalammualaikum...
Hi korang...agak-agak korang suka x captcha kat atas tu bila singgah kat mana- mana blog untuk tinggalkan komen or jejak...ok aku tau itu hak individu Dan blog tu pun blog korang so sukati korang la nak design mcm mana tp bila ada konsep macam tu susah la readers korang nk tinggalkan komen..tak mustahil ada yg x masuk blog korang...rugi kat situ kan..tapi kalau ada yg blogging just suka-suka takde hala tuju aku takde la nak kisah sangat..kalau boleh buang la captcha tu..set jadi mesra komen gitu...boleh naikkan Page views Dan Unique Views...Baru la ramai yang singgah blog kita kan...aku notice orang malas nak datang komen bila kena klik Dan kena match gambar or logo ke utk approve komen...susah woo...korang gak yang pelik nanti kenapa blog korang takde yang singgah takde yang komen..bukan blog korang tak bagus cuma disebabkan bab- bab captcha ni la...

Am I rite??

YAHAIRA LEANNE..Puteri Yusry Dan Lisa Surihani

$
0
0

WAHAI SEBAIK-BAIK KELEMBUTAN

Lembut betul sebutan nama anak Yusry dan Lisa Surihani...pandai mereka pilih nama...semoga Yahaira Leanne membesar menjadi anak yang sangat cantik dan selembut ibunya...



Tahniah buat pasangan Yusry dan Lisa Surihani...bertambah-tambah seri hidup dan alam rumahtangga mereka dengan kehadiran puteri sulung...cuma pasangan ini masih belum mendedahkan rupa paras sebenar anak mereka..sipi-sipi je..tapi takpe la kan....janji anak mereka sihat..

Tudung Bawal RM1238.00???

$
0
0

BAWAL TAJIMA YANG VIRAL

Hi korang...macam-macam viral sekarang ni...makin lama makin pelik la...kali ni tudung bawal plak yang viral..giler...rega RM1238.00..seriusly mahal dan aku tak pasti la ada yang beli ke tak..hehehe...harga macam tu belanja dapur kat rumah Seremban untuk 2 bulan tu....mengarut betul....

Ada ke yang nak beli tudung ni? 

Sanggup ke?

Aku rasa mak-mak datin pun fikir banyak kali nak purchase kot...tapi mana la tau kan...zaman sekarang ni orang suka yang viral-viral ni....



*Gambar sumber FB

yang best masa baca komen untuk status tu la...ada salah satu komen yang sangat2 win la...

  • Azfar Roslan kalis api neraka barang kali
    LikeReply212 hrs
  • Giler la komen macam tu...takut aku nak baca...hehehehe....apapun...macam-macam la yang viral sekarang ni...dari baju..dari topi keledar...dari status update kat FB dan macam-macam lagi termasuk la tudung bawal exclusive ni...agak-agak lepas ni apa plak kan...jangan ada yang viralkan spender ngan bra dah la...hehehehe....menakutkan je kalau ada..

Apapun...negara kita masih aman...eh..eh...krikk...krikkk....

Dari Penang Sunting Bunga Ke Jitra

$
0
0

Majlis Pertunangan Sepupu Di Jitra

Hi korang...pemergian aku pada mulanya ke Penang bukan semata-mata nak focus pada majlis adik aku tuh..tetapi hari ke 2 di Penang kami sekeluarga dah gerak ke Jitra plak...ambil masa 2 jam lebih ke Jitra sebab jalan jammed kat Penang. Notice dari awal memang Penang waktu weekend je jammed.ikutkan aku tak berapa nak happy sangat sebab x dapat nak explore Penang. Bnyak benda x dapat buat...contohnya nak pekena Mee Udang, Laksa Tempurung, Jeruk Madu Pak Ali dan banyak lagi la yang aku target nak explore tak dapat buat...

Jom tengok permulaan perjalanan ke Jitra..Majlis pertunangan anak ke 4 Mak Ndak iaitu adik Abah. Majlis pertunangan sepupu aku Khairill Tasrifin. Majlis dah buat dulu antara family diorang...perjalanan yang panjang...dengan cuaca yang panas...tak selesa...tak tau la kenapa kan...maybe sebab aku penat pun ye jugak...


keluar dari umah adik aku jerebu dan tak nampak pemandangan cantik Penang


Teruk kan Jerebu...sampai tak nampak Jambatan Pulau Pinang


kereta sana-sini banyak...pas tu pemamnduan sangat tak berhemah...ntah apa nak dikejarnya


baru la nampak sikit jambatan ni itupun bila dah dekat


teruk betul cuaca

Sampai kat homestay diorang dalam pukul 1pm...janji ke rumah bakal tunangnya kul 2.30pm...mak aii lambatnya bertunang...maybe sebelah utara memang bertunang time-time gini kot...kat Jitra ni pun panas berdesing ko...memang tak tahan dan buat aku takde mood nak bergambar...suruh anak dara tu je amik gambar...Majlis berjalan dengan lancar...Alhamdulillah...


2 bentuk cincin...


Abah tetiba jadi bidan terjun jadi ketua rombongan


yeay sarung cincin..cantik bakal Menantu Mak Ndak...


One more snap

Lepas Majlis bertunang dan menjamu selera terus gerak ke Perlis...korang bayangkan aku ngan baju kurung pas tu dengan panas melekit...memang menduga kesabaran...ingat sampai2 kat Perlis dapat la homestay yang ada ekon ke kan...tapi...non hadonya....bertabahlah wahai badan....hehehehe....

Sampai Perlis...

to be continue...

Ngeri Nak Balik Raya Bila Fikir Semua Ni...

$
0
0

Jaga Mulut Ketika Berhari Raya

Korang pernah? Aku yang balik kampung bukan musim raya pun selalu kena...tapi aku adakala malas layan angkat punggung jauhkan diri tak pun bagi sedas 2 das je sampai orang tu terdiam..pernah la sekali aku cakap kat orang yang tanya tu...

Dia : Eh Along bila nak kahwin ni...
Aku : Bila...ooo along tunggu suami akak kahwin lagi satu baru along kahwin

Sentap akak tu dengar..sampai la ni aku ngan dia tak leh nak bersemuka..adakala aku rasa bersalah...tapi ada kala aku kena pertahankan diri aku jugak kan...so..biar kan aje la....


Bukan orang-orang tua je yang selalu tanya macam ni...malah golongan muda jugak dan jngan terperanjat yang lelaki pun sibuk tanya soalan yang sama sampai sanggup melabelkan aku sebagai tak laku...puaka sungguh mulut dia kan...tapi takpe..allah bersama dengan orang yang teraniaya...dan aku memang alu-alukan diorang bertanya sebab aku dah ada jawapan baekkkk punya untuk soalan-soalan kat atas tu...sure makan dalam punya jawapan...

Hairan betul..kenapa sibuk nak jaga tepi kain orang sedangkan kain sendiri koyak rabak tak peduli...zaman dah serba moden tapi masing-masing masih kolot fikiran dan tak percaya pada Jodoh dan pertemuan...kan?Tak fikir langsung tahap sensitiviti orang yang menerima soalan...ini la masalah orang di sekeliling kita nak-nak makcik-makcik kat kampung..kalau bertanya anak masing2 dah laku takpe..ni tak laku-laku lagi...agaknya itu sebab tak laku kot..sebab orang takut nak pinang sebab mak diorang suka jaga tepi kain...allah..moga dijauhkan sedara mara kita macam tu....

Happy Birthday Dania

$
0
0

11th Birthday Kakak Dania

First entry hari ni....hi korang...sihat ke..sapa terlebih makan daging? hehehe...perli diri sendiri..makan sup Gearbox tak hengat terus rasa nak demam..tahniah buat diri aku sendiri la kan...heheheh...tapi bagusnya tak sakit kepala plak..

Hari ni nak citer tentang Dania...25 Sept 2004 lahirlah seorang puteri...anak yang baik..tak nakal..membesar tanpa sebarang masalah...jarang sakit...anak yang tabah mengharungi hidup hanya dengan kasih sayang seorang mama...walau apapun kisah di sebalik kehidupan kami..aku sangat berbangga dengan Dania..kuat semangat..dan bercita-cita tinggi...mama sayang kamu kakak...sampai mati...kasih sayang mama terhadap awak sememangnya tiada tandingan...


Selamat hari lahir kakak...11 tahun genap usia kamu hari ini...tak cukup rasanya membesarkan kamu...macam sekelip mata je kamu dah besar...semoga kebahagiaan yang kita cari akan menemui sinarnya...belajar pandai-pandai...ingat mama hanya ada kamu...kamu lah harapan mama. semoga berjaya cemerlang dalam apa jua bidang yang kamu ceburi...

HAPPY 11th BIRTHDAY AINNUL DANIA HUDA

Santapan Hari Raya Aidiladha..

$
0
0

MENU HARI RAYA AIDILADHA

Selamat hari raya korang...dikesempatan ini jom kita sedekahkan Al-Fatihah kepada jemaah yang terkorban akibat tragedi remppuhan di Mina.. Alfatihah......

Ok jom kita tengok menu di pagi raya dan sepanjang hari semalam. Raya yang sederhana bagi kami sekeluarga..masing-masing masih lagi penat sebab semua baru balik dari majlis resepsi adik aku kat Perlis kan...pas tu diorang sambung berjalan naik Cameron Highland. Yang paling penat dah tent-tentu mak dan abah kan...kesian diorang...perjalanan jauh naik kereta kan..kami pun tak balik kampung...orang kampung sibuk whatsaap tanya x balik ke...tak nak makan lemang ke...bukan tak nak balik...mak abah penat..tak cukup rehat kan...semalam pun dari tengahari semua relax jer terbaring...

Jom tengok menu yang sempat kami masak ...


sup gearbox


air tangan adik no 4..balik je Rabu tu dah siap...


Rendang Ayam Pencen


Congo Bar


Serunding kawan opis bagi


Kuah Kacang Ibu kembar buat


nasi impit


tengahari tu aku masak Gulai Ikan Baung  permintaan abah


Sayur Pucuk Labu Air Goreng Belacan...

Alhamdulillah...

Diberi kesempatan untuk menyambut Aidiladha tahun ni cuma tak berkesempatan join ibadah korban tahun ni...so tak merasa la daging korban...

Eh..adik aku sempat balik rumah mertua dia kat Hulu Langat...so dapat la jugak daging korban...penuh dah peti ais kami ngan daging..abah beli banyak plak ari tu...aku pesan beli daging batang pinang sebab nak masakkan kurma daging untuk kakak Dania...favorite dia tuh...ye la..hari ni kan birthday dia..so kena la raikan walau tiada sebarang majlis untuk dia tahun ni...

itu la kisah raya aku yang serba sederhana...lebih kepada lepak kat rumah sebab rata-rata lepas kenduri ni penat memang terasa...

Jumpa lagi korang next entry....

Pekena CKT terbaik di Felda Chuping, Perlis

$
0
0

Konvokesyen ke 10 UNIMAP

Jom sambung balik citer Trip Penang-Kedah - Perlis yang terbantut nak update..mood ada ni so kita settlekan semua cerita..well lepas je majlis pertunangan kat Jitra teruskan perjalanan ke homestay di Chuping. Rupanya homestay kat Felda Chuping dan berdekatan dengan UNIMAP. Kebetulan masa tu ada Konvokesyen ke 10 Unimap kan...so ada la karnival kat area situ...menarik ni...leh pi tgok apa yang ada...

Lepas check in petang tu...semua nak pi situ..Pak Ngah ngan Mak Ngah pun...so jom la beramai-ramai pi...mak abah tak nak ikut sebab penat...


sempat amik gambar signboard Unimap tu je...


suka gambar ni...sebab everyone ready je..tgok Qhaira tu..comel je...


ni mama suruh buat free style


gegar skit gambar ni


Yang ni ok...hehehhe....


dah jom rayau-rayau..

So far takde apa pun yang menarik..ada baju, tudung segala la...tapi kami melekat kat gerai Char Kuey Tiow..tak sangka plak kebanyakkan yang meniaga kat situ kawan adik ipar...so lepak la situ...


brader ni tgh tunjuk skill


amboi...aku pun x reti nak masak kuar api macam ni...


Ramai gak yang makan dan bungkus kat sini...


kakak makan sotong goreng dan ayam bob tu...up dengan air choc...


Qhaira tengah moody sebab nak tido...tapi suap apa pun nganga gak..


tu diaa...CKT sedap..ada kerang ngan udang...pedas pun pedas


tapi yang ni lagi best...nescafe ais...sedap gilos..aku up beli lagi...sebab memang sedap...cuaca plak panas ya rabbi...


itu lah kisah sepetang di Konvokesyen Ke 10 Unimap...tak sangka ada EFGiers kat sini...cuma tak dapat jumpa sebab kekangan masa dan agak sibuk...Eny Abdullah pun dekat dan ada gak cadang-cadang nak kidnap aku...tapi aku yang tak nak sebab tengah busy sangat2..sorry Eny next time ye..kali ni i kena tolak permintaan you...next time I terjah Kedah eh....

Sampai disini dulu...sambung lagi nanti cerita semasa Majlis Menyambut Menantu.....
Viewing all 9376 articles
Browse latest View live